Waktu zaman remaja pun saya mencari-cari identiti - Erysha Emyra - Utusan Malaysia

Waktu zaman remaja pun saya mencari-cari identiti – Erysha Emyra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon remaja yang semakin meningkat naik, Erysha Emyra, mengakui dirinya kini lebih yakin dalam mengekspresikan gaya serta identiti peribadi selepas melalui proses perkembangan diri sejak usia remaja.

Menurut Erysha, pemilihan pakaian bagi dirinya tidak pernah terlalu rumit, sebaliknya lebih kepada keselesaan.

Katanya, apa jua keadaan, di sentiasa mahu tampil ringkas namun tetap kemas.

“Untuk pakaian harian, saya suka pakai sesuatu yang buat saya selesa. Ke mana pun saya pergi, saya tetap rasa yakin.

“Kalau nak ke pusat beli-belah atau keluar makan sekalipun, saya akan pilih gaya yang ringkas tetapi masih mencerminkan diri saya,” katanya.

Tambahnya, lambakan pilihan fesyen dalam talian seperti di TikTok dan Shopee sememangnya menarik perhatian, namun tidak semua perlu dibeli semata-mata mengikut trend.

Erysha berpendapat setiap individu akan menemui gaya tersendiri seiring dengan proses mencari identiti.

“Semua orang ada fasa nak cuba macam-macam. Sama juga waktu saya remaja dulu, kita mencari identiti sendiri. Lama-kelamaan, kita akan jumpa apa yang sesuai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Erysha turut berkongsi mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara dirinya dan pelakon kanak-kanak yang membawakan watak anaknya dalam drama Rumah Tanpa Luka.

Ikatan itu, jelasnya, terbentuk sejak hari pertama penggambaran apabila mereka perlu memainkan peranan sebagai ibu dan anak.

“Dia sangat istimewa bagi saya. Dari hari pertama lagi kami sudah rapat.

“Sukar sebenarnya untuk tidak wujud ikatan macam itu apabila dia panggil saya ‘mama’ di set,” katanya sambil memaklumkan bahawa keluarga pelakon cilik itu turut rapat dengannya.

Jelas Erysha, hubungan mereka kekal baik sehingga kini dan pelakon cilik berkenaan masih menghubunginya setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN