Konsert Santai Budaya 2025 rai ulang tahun ke-10 Lantera Seni - Utusan Malaysia

Konsert Santai Budaya 2025 rai ulang tahun ke-10 Lantera Seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan tari yang popular dengan gabungan seni tradisi dan moden, Lantera Seni meraikan ulang tahun ke-10 menerusi Konsert Santai Budaya 2025 yang bakal menampilkan karya-karya terbaik mereka sepanjang sedekad berkarya.

Konsert penuh gilang-gemilang itu berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang diadakan selama dua hari pada Sabtu (6 Disember) dan Ahad (7 Disember) bermula jam 8.30 malam.

Ditubuhkan pada 2015, kumpulan ini berjaya menampilkan tarian Melayu klasik dalam gaya kontemporari tanpa meninggalkan akar budaya.

Sepanjang 10 tahun, Lantera Seni memukau penonton dengan pelbagai persembahan – daripada tarian tradisional Melayu, tarian etnik Sabah dan Sarawak, hinggalah koreografi kontemporari berinspirasikan Nusantara.

Gabungan gerak tradisi dan kreativiti moden membuat persembahan mereka sentiasa bertenaga, kemas, dan mesra penonton.


Selain festival seni dan acara rasmi kerajaan, Lantera Seni sering dijemput untuk persembahan korporat, majlis kementerian dan program kebudayaan peringkat negeri serta kebangsaan.

Konsert Santai Budaya 2025 bakal menjadi persembahan meriah yang menghimpunkan karya-karya terbaik mereka, sesuai untuk peminat seni dari semua lapisan usia.

Para penggemar seni dan hiburan tanah air berpeluang untuk menyaksikan gerak tari mereka menerusi konserta ini yang menawarkan harga tiket RM25 untuk pelajar, RM35 (dewasa) dan RM50 buat tetamu kenamaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN