Faktor kesihatan, Andi Bernadee terpaksa tolak ‘job’ - Pengurus - Utusan Malaysia

Faktor kesihatan, Andi Bernadee terpaksa tolak ‘job’ – Pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengurus kepada penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee, iaitu Nasir Deraman, mengakui terpaksa menolak pelbagai tawaran kerja seni untuk penyanyi berkenaan berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Menurut Nasir, meskipun rezeki Andi dalam industri tidak pernah putus, pihaknya terpaksa menolak banyak tawaran secara baik kerana Andi masih belum bersedia untuk kembali bekerja.

“Tempoh pemulihan Andi paling cepat adalah enam bulan, dan paling lama mungkin setahun.

“Sejak tiga bulan lepas dia mula mengalami simptom itu, jadi buat masa ini kami ambil langkah berhati-hati dengan komitmen kerjanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya, jadual kerjaya Andi sebelum ini sebenarnya sangat padat dengan pelbagai tawaran, termasuk drama, dokumentari dan persembahan pentas daripada pelbagai pihak termasuk stesen televisyen serta penganjur.

“Secara purata, mesti ada tiga drama yang dia dapat. Tawaran dokumentari pun ada. Untuk show pentas pun sama, memang ramai yang tanya.

“Ada show yang dia tak boleh lakukan, dan ada juga yang bertembung dengan jadual rakaman studio berikutan keadaan kesihatannya itu,”jelasnya lagi.

Mengulas perkembangan muzik terbaharu Andi, Nasir berkata lagu yang dibuat baru-baru ini hanyalah sebagai intro sebelum pelancaran album penuh.

“Album penuh sebenarnya dijadualkan keluar Mei depan, tetapi single akan dilancarkan Januari.

“Dari segi susunan dan perancangan itu,bagi saya itu tidak terjejas dan kami tidak menangguhkannya. Jalan sahaja seperti biasa,” katanya.

Nasir pada masa sama berharap peminat terus menitipkan doa agar kesihatan Andi kembali pulih sepenuhnya.

“Kami harap peminat dapat terus mendoakan Andi supaya kembali sihat dan dapat meneruskan kerjaya seni seperti biasa,” katanya.

Terdahulu, Andi dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak beberala hari lalu akibat penyakit hipertirodisme.

Menurut Andi, dia juga disahkan mengalami simptom penyakit Graves, iaitu sejenis penyakit autoimun yang menyerang kelenjar tiroid.

Jelas Andi, keadaan kesihatannya sebelum mendapatkan rawatan berada pada tahap membimbangkan apabila dia mengalami degupan jantung yang terlalu laju secara tiba-tiba, sehingga mengganggu waktu tidurnya.

Bagaimanapun, katanya keadaannya kini semakin membaik namun masih perlu menerima rawatan di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN