Enggan dijadikan bahan jenaka, Siti Nurhaliza terharu peminat saling menasihati

Enggan dijadikan bahan jenaka, Siti Nurhaliza terharu peminat saling menasihati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui tersentuh dengan keprihatinan peminatnya yang tampil mempertahankannya daripada dijadikan bahan jenaka susulan tular satu insiden sewaktu siaran langsung di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Siti, 46, berkata, insiden ‘melepaskan angin’ yang berlaku secara tidak disengajakan itu merupakan sesuatu yang berlaku secara spontan dan di luar kawalannya.

Malah, katanya, dia tidak menyangka ia dirakam serta tersebar di media sosial.

“Dalam dunia media sosial hari ini, apa sahaja boleh berlaku tanpa dirancang.

“Benda itu terjadi secara spontan dan saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak memberi komen kerana ia berlaku begitu sahaja.

“Namun, saya bersyukur kerana peminat saya sangat menjaga dan melindungi saya daripada dijadikan bahan jenaka. Mereka benar-benar prihatin,” katanya ketika ditemui media.

Mengulas reaksi suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, Siti berkata, dia menerima situasi tersebut dengan tenang dan memahami bahawa kejadian itu berlaku tanpa disengajakan.

Menurut pelantun lagu Kesuma itu, insiden berkenaan dianggap sekadar menceriakan suasana dan tidak wajar diperbesarkan sehingga mengundang persepsi negatif.

Malah, sebaliknya dia percaya bahawa ia wajar dijadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Suami saya mengambil perkara ini secara biasa sahaja. Mungkin di luar negara perkara seperti ini dianggap normal, namun kita di Malaysia mempunyai adab dan budaya tersendiri.

“Jadi, kami melihatnya dari sudut positif,” katanya.

Terdahulu, para peminat Siti tampil menyuarakan permintaan agar rakaman video tersebut tidak disebarkan kerana berpotensi mengaibkan penyanyi tersohor itu serta keluarganya.

Mereka turut menegaskan bahawa sebagai figura seni yang disegani dan dihormati, Siti Nurhaliza wajar dilindungi daripada dijadikan bahan sensasi atau kandungan hiburan murahan di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN