Anugerah MACP jadi pembakar semangat Zubir Khan - Utusan Malaysia

Anugerah MACP jadi pembakar semangat Zubir Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Zubir Khan akan terus menghasilkan karya berbahasa Tamil susulan kejayaan lagu popularnya, Yennode Macha yang diumumkan sebagai Lagu Tamil Persembahan Tertinggi pada Anugerah MACP 2025, semalam.

Zubir, 25, berkata, sokongan peminat dalam kalangan masyarakat Melayu juga menjadi antara faktor utama dia meneruskan penghasilan lagu berbahasa Tamil.

“Saya tetap akan buat lagu Tamil kerana sebelum ini saya pernah menghasilkan lagu Melayu, namun peminat Melayu sendiri meminta saya menyanyikan lagu Tamil.

“Mereka lebih suka mendengar saya menyanyi dalam bahasa itu,” katanya.

Menurut Zubir, dia juga sedar industri muzik arus perdana Melayu kini semakin dipenuhi dengan ramai penyanyi, justeru memilih untuk tampil dengan kelainan.

“Dalam industri muzik Melayu sekarang memang terlalu ramai artis. Jadi saya cuba membawa kelainan dengan menampilkan lagu Tamil,” katanya.

Mengulas perancangan kerjayanya, Zubir memaklumkan tahun 2026 bakal menyaksikan kehadiran karya-karya baharu daripadanya.

Bagaimanapun, Zubir mengakui sukar untuk menjanjikan sebuah karya yang mampu menandingi kejayaan Yennode Macha.

“Kebanyakan orang mengenali saya melalui panggilan ‘Macha’ berdasarkan lagu itu. Jadi, Yennode Macha mungkin sudah menjadi lagu ikonik untuk saya.

“Namun, Insya-Allah tahun depan saya tetap akan tampil dengan lagu baharu. Mungkin tidak mampu menandingi kejayaan Yennode Macha, tetapi saya akan cuba memberikan yang terbaik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN