Rizky Billar dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’ - Utusan Malaysia

Rizky Billar dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon Indonesia, Rizky Billar mendedahkan dirinya berdepan kesukaran membersihkan gigi sejak memakai pendakap gigi.

Hal itu katanya hingga menyebabkan perubahan warna giginya menjadi kekuningan.

Menerusi satu hantaran video di TikTok, Rizky atau nama penuhnya Muhammad Rizky Billar mempamerkan keadaan giginya yang didakwa ‘berkarat’.

Bagaimanapun, Rizky turut meluahkan rasa teringin menikmati sate kambing, namun terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana kekangan pendakap gigi.

Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, tabiatnya menggemari minuman kopi turut menjadi punca utama giginya semakin menguning.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang selesa melihat keadaan gigi aktor berkenaan dan menasihatinya agar mendapatkan rawatan di klinik pergigian dengan segera.

Malah, ada yang bimbang keadaan tersebut boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak dirawat awal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN