Kekasih Ben Amir peluk Islam - Utusan Malaysia

Kekasih Ben Amir peluk Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kekasih kepada pelakon popular, Ben Amir, iaitu Maiya, kini secara rasmi bergelar saudara baharu selepas dikhabarkan memeluk agama Islam, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Maiya menerusi satu hantaran di media sosialnya.

“Hari ini sungguh luar biasa dalam cara yang paling indah. Saya menerima begitu banyak kasih sayang, kebaikan dan sokongan daripada semua. Hati saya benar-benar penuh dengan rasa terharu.

“Terima kasih kerana menerima saya dengan begitu mesra dalam fasa baharu kehidupan ini.

“Doa, pesanan dan pelukan (meskipun dari jauh) amat bermakna, lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata.

“Alhamdulillah atas permulaan baharu ini. Saya amat bersyukur atas kasih sayang dan kehadiran semua pada hari istimewa saya,” tulisnya.

Sementara itu, Ben menerusi perkongsian di Instagram turut menzahirkan rasa syukur dan memberi kata-kata semangat buat kekasihnya itu.

“Selamat datang ke agama Islam. Ambillah masa, belajar perlahan-lahan, nikmati keindahannya dan ketahuilah bahawa kamu tidak pernah bersendirian.

“Semoga Allah sentiasa melindungi kamu. Moga perjalanan ini mendekatkan kamu kepada ketenangan, tujuan hidup dan diri sebenar kamu,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat dan rakan artis yang turut menzahirkan ucapan tahniah serta doa agar pasangan itu terus diberkati dan dipermudahkan urusan menuju hari bahagia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN