Didakwa ‘buat’ hidung, saya tahu batas diri - Adira Suhaimi - Utusan Malaysia

Didakwa ‘buat’ hidung, saya tahu batas diri – Adira Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adira Suhaimi enggan mengesahkan atau menafikan dakwaan kononnya dia melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung.

Menurut Adira, setiap individu mempunyai kekurangan serta perasaan kurang yakin terhadap diri sendiri yang ditangani dengan cara berbeza.

“Setiap orang ada rasa tidak yakin masing-masing dan mereka ada cara tersendiri untuk mengatasinya. Saya juga begitu,” katanya.

Mengulas perubahan pada raut wajah yang menjadi perhatian netizen, penyanyi itu menjelaskan perubahan tersebut adalah kecil dan tidak wajar diperbesarkan.

“Apa yang orang nampak itu hanyalah perubahan kecil. Saya tidak menafikan, tetapi saya juga tidak mengiyakan.

“Saya tahu batas diri saya dan kalau orang nampak saya berubah sedikit, saya tak boleh nak kata apa-apa,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN