Neera Azizi umum hamil anak pertama - Utusan Malaysia

Neera Azizi umum hamil anak pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Perkongsian itu dibuat menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, yang memperlihatkan gambar imbasan kehamilan serta buku rekod kesihatan ibu mengandung.

Pemilik nama sebenar Nurazneera Azizi, 27, meluahkan rasa syukur atas rezeki tersebut dan memaklumkan bahawa kandungannya kini sudah memasuki usia 13 minggu.

“Segala puji bagi Allah atas anugerah ini. Doakan saya dan baby sihat selalu,” tulisnya ringkas.

Susulan pengumuman itu, ruangan komen pelakon drama Jebat dan penyampai radio itu dibanjiri dengan ucapan tahniah serta doa daripada para peminat dan rakan artis yang turut tumpang gembira dengan perkhabaran tersebut.

Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hafizi Mohd Noor pada 11 Julai lalu dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Subang Jaya, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN