KUALA LUMPUR: Penyanyi antarabangsa, Justin Bieber, berkongsi pengalaman mendebarkan ketika menemani isterinya, Hailey Bieber, melahirkan anak mereka pada Ogos 2024 lalu.
Menurut Justin, semasa Hailey mahu bersalin, dia sempat berdepan dengan insiden kecil pertelagahan dengan doula yang bertugas semasa proses tersebut.
Menurut laporan Page Six, Bieber mendedahkan bahawa Justin berasa seolah-olah ‘diusir’ oleh doula berkenaan ketika cuba menenangkan Hailey sebaik selesai bersalin.
“Saya tidak mahu sesiapa pun merampas detik berharga saya sebagai seorang bapa.
“Saya rasa saya perlu lakukan sesuatu untuk menenangkan Hailey,”katanya.
Namun, kata Bieber, doula tersebut seolah-olah mempersoalkan kehadirannya di bilik bersalin dan tidak menunjukkan bahawa kehadirannya diperlukan.
“Tapi, secara naluri, seorang bapa pasti mahu berada di sisi isterinya yang baru melahirkan anak,” katanya.
Ketegangan kecil antara Bieber dan doula itu dikatakan menyebabkan Hailey berasa cemas, sehingga meminta suaminya memohon maaf bagi menenangkan keadaan.
“Hailey berkata, ‘Kamu perlu minta maaf kepada doula.’ Dia mahu suasana kembali tenang,” jelas penyanyi berusia 31 tahun itu.
Namun begitu, Bieber mempertahankan tindakannya dan berpendapat bahawa doula tersebut sepatutnya membimbingnya tentang apa yang perlu dilakukan untuk menenangkan Hailey ketika itu.
“Saya fikir, sepatutnya dia memberitahu saya apa yang perlu dibuat, sebab saya pun tidak tahu apa yang betul untuk dilakukan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Hailey turut berkongsi bahawa pengalaman melahirkan anak sulung mereka, Jack Blues, merupakan saat paling mencabar dalam hidupnya.
Ketika usia kandungan mencecah 39 minggu, air ketubannya dilaporkan pecah dan beliau terpaksa melalui proses induction selama 18 jam sebelum bersalin.
Hailey turut mengalami pendarahan serius selepas melahirkan, yang menyebabkan dirinya panik dan dilanda ketakutan.
“Ramai yang meninggal dunia kerana keadaan itu, dan saya mula terfikir perkara-perkara buruk. Saya benar-benar ketakutan,” katanya.
Pasangan selebriti itu menyambut kelahiran anak pertama mereka pada pertengahan Ogos lalu dan kini dilihat semakin aktif berkongsi perjalanan baharu mereka sebagai ibu bapa di media sosial.
 
								
 
								 
								 
											









