Macam mana sibuk pun, balik mesti mahu bersama anak - Uqasha Senrose - Utusan Malaysia

Macam mana sibuk pun, balik mesti mahu bersama anak – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Uqasha Senrose, menyifatkan kehadiran anaknya, Hawra Uqaira, sebagai anugerah terindah serta punca kekuatan yang telah mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik.

Dalam satu hantaran di media sosial, Uqasha, 33, berkongsi luahan hati sebagai seorang ibu yang melalui pelbagai ujian dan cabaran, namun berpegang kepada kasih sayang terhadap anak yang menjadi sumber kekuatannya.

“Kamu telah menyelamatkan ibu dan menjadikan ibu seorang yang lebih baik. Ibu minta maaf kerana kamu terpaksa melalui badai hidup ibu bersama-sama.

“Ibu tak akan mampu melaluinya tanpa kamu, Uqaira. Ingatlah, ibu lah orang yang sentiasa ada dan menjaga kamu sejak kamu dilahirkan.

“Waktu kamu demam, sakit, tak sihat, ibu sentiasa di sisi kamu sampai sekarang, sampai kamu berumur setahun. Ibu tak dapat hidup tanpa kamu walau sehari.

“Walau macam mana sibuk bekerja pun, bila balik rumah ibu tetap nak bersama anak. Mereka tak tahu bahawa ibu yang menjaga Qaira sendiri, berpantang sendiri sambil menjaga kamu,”katanya.

Uqasha turut berterima kasih kepada ibunya, Rosmizai Mohd Noor kerana banyak membantu sejak kelahiran Uqaira sehingga kini.

“Nenda Qaira ialah orang yang sangat baik dan penyokong yang hebat. Dari Qaira lahir, waktu pantang hingga sekarang, dialah yang banyak membantu ibu dan sentiasa ada bila ibu penat. Mama, saya amat menghargai segalanya.

“Di media sosial ini semua hanya dunia tipu-tipu, tak sama dengan orang yang menjaga setiap hari dengan orang yang hanya datang sekejap-sekejap.

“Dan sebab itu sekarang ibu faham kenapa kamu begitu manja dan rapat dengan ibu bila ibu mula bekerja. Ibu minta maaf sayang,”
katanya lagi.

Dalam hantaran sama, Uqasha mengakui bahawa kehidupannya berubah sepenuhnya selepas bergelar ibu apabila banyak mengorbankan masa peribadi, hobi serta waktu rehat demi membesarkan anaknya.

“Saya ketepikan semua hobi dan masa untuk diri sendiri hanya untuk bersama anak. Bila saya ada cuti, saya tolak semua hal lain semata-mata untuk luangkan masa dan buat aktiviti bersama anak,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Pasangan sama cantik sama padan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia hampir dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN