Eloklah Sabronzo kahwin daripada bercinta terlalu lama - Sufi Rashid - Utusan Malaysia

Eloklah Sabronzo kahwin daripada bercinta terlalu lama – Sufi Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sufi Rashid mendedahkan, dia sudah mengetahui lebih awal mengenai perkahwinan anggota kumpulan Dolla, Sabronzo dengan jejaka pilihannya, Ryan Fieret.

Menurut Sufi atau nama sebenarnya Muhammad Sufi Rashid, 34, hubungan pasangan berkenaan bukan lagi rahsia kerana mereka telah berkawan sejak tahun lalu.

“Sejujurnya saya tahu dia mahu berkahwin. Ryan seorang yang baik, pendiam dan hanya mereka yang rapat sahaja tahu,” katanya ketika ditemui selepas sidang media tergempar Hafiz Suip di St. Giles Boulevard Hotel, semalam.

Selain itu, tambah Sufi, sebagai rakan,dia berasa gembira apabila pihak label Sabronzo, Universal Music, memaklumkan mengenai berita perkahwinan itu.

“Eloklah mereka berkahwin daripada bercinta terlalu lama. Saya memang tumpang gembira untuk mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sufi turut kesal apabila wujud segelintir netizen yang tergamak menabur fitnah serta membuat spekulasi tidak berasas terhadap penyanyi terbabit.

“Saya sudah jangka perkara ini jadi bualan hangat kerana Dolla sering menjadi perhatian.

“Cuma, lebih baik kita doakan kebahagiaan mereka. Netizen yang pernah menuduh bukan-bukan sebelum ini sepatutnya tampil memohon maaf,” katanya.

Terdahulu, Sabronzo atau nama sebenarnya Shabrina Shafii mengesahkan telah bergelar isteri kepada Ryan dalam satu majlis pernikahan sederhana di Bali, Indonesia pada Isnin lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN