Beli baju untuk 'dulang boys', Cik Epal bakal tamatkan zaman ibu tunggal? - Utusan Malaysia

Beli baju untuk ‘dulang boys’, Cik Epal bakal tamatkan zaman ibu tunggal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Desas-desus mengenai status hubungan penyanyi dan pempengaruh media sosial, Cik Epal dengan seorang jejaka dikenali sebagai Ammar semakin hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan pasangan itu bakal melangkah ke alam perkahwinan dalam masa terdekat.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan Cik Epal sedang memilih baju Melayu untuk pembawa dulang hantaran lelaki sebelum disapa oleh Pengurus Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel.

“Betul ke ni? Astaghfirullahalazim. Berapa dulang ‘boy’? Tujuh?” soal Muzaffar yang turut kelihatan terkejut.

Pertanyaan itu kemudian diakui sendiri oleh Cik Epal yang menyatakan, pemilihannya hanya khusus untuk pembawa dulang hantaran.

“Hanya nak buat untuk dulang ‘boy’,” katanya ringkas.

Muzaffar dalam masa sama memberitahu, Jakel kini sedang mengadakan jualan murah sekali gus dilihat menarik perhatian Cik Epal.

“Memang murah sangat ini kalau nak belikan untuk dulang ‘boy’,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul spekulasi kononnya pasangan berkenaan sudah pun membuat persiapan bagi meraikan hari bahagia.

Bagaimanapun, sehingga kinj masih tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.

Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam sebelum ini disahkan bercerai pada Oktober 2024 setelah 10 tahun berkahwin.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki.

Namun kemelut mereka berterusan di media sosial apabila kedua-dua pihak saling menyalahkan dan berbalas kenyataan termasuk tuduhan Cik Epal disifatkan tidak menjaga maruah semasa tempoh iddah.

Jofliam juga mendakwa Cik Epal yang menyembunyikan dokumen penceraian, selain insiden serangan di rumah apabila isteri baharu, Jofliam iaitu Emira Delyati mendakwa dia cedera akibat dikasari wanita itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN