Bekas pembantu peribadi Mizz Nina terima pampasan RM55,000

Bekas pembantu peribadi Mizz Nina terima pampasan RM55,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi penyanyi dan aktivis, Mizz Nina, Nur Haniza Mohd Azhar menerima pampasan sebanyak RM 55,000 bagi kes penamatan kerja tidak adil yang difailkan di Mahkamah Perusahaan.

Peguam Haniza, Mohamad Nasruddin Ab Rahman dari firma guaman Tetuan Nas Rahman & Azri Abdullah berkata, persetujuan itu dicapai hasil rundingan di luar Mahkamah Perusahaan selepas anak guamnya diberhentikan kerja secara tidak adil pada 30 April 2024.

Menurut Nasruddin, berdasarkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Haniza berhak menuntut pampasan maksimum 24 bulan gaji dan pampasan sebagai ganti pemulihan kerja.

“Oleh itu, kami telah memfailkan aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan kes kemudiannya dirujuk ke Mahkamah Perusahaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Nasruddin, jumlah pampasan yang dipersetujui adalah berikutan penamatan kerja oleh pihak Mizz Nina terhadap Haniza dan perkara ini diharapkan dapat menjadi dorongan kepada pekerja lain yang ditindas untuk tampil menuntut keadilan.

Dalam masa sama, Haniza meluahkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan menyeru para pekerja agar tidak gentar mempertahankan hak mereka.

“Tidak kira setinggi mana darjat majikan tersebut, jika kita berada di pihak yang benar, teruskan perjuangan. Simpan segala dokumen sebagai bukti untuk memudahkan urusan di mahkamah,” katanya.

18 Mei tahun lalu, Nur Haniza dilaporkan bakal mengambil tindakan undang-undang selepas diberhentikan kerja secara tidak adil tanpa alasan kukuh.

Memetik laporan media, Haniza diberhentikan sebagai pembantu peribadi selepas 11 tahun berkhidmat untuk penyanyi itu tanpa kontrak bertulis dan mendakwa tidak menerima gaji serta pampasan seperti dijanjikan dalam surat pemberhentian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN