Majlis umum jantina bayi bukan kerana mahu gimik - Noh Salleh - Utusan Malaysia

Majlis umum jantina bayi bukan kerana mahu gimik – Noh Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung bersama isterinya, Fatin Athirah Mustapa.

Menerusi hantaran di laman sosialnya, Noh,40, memanjatkan rasa syukur selepas selamat mengadakan majlis ringkas bagi meraikan pengumuman jantina anak yang bakal dilahirkan.

“Siap sedia disuruh sarung baju warna pink! Lega kami dah umumkan jantina anak kami kepada sanak keluarga dan sahabat terdekat di majlis semalam. Lama juga simpan.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar di bawah restu dan lindungan Allah SWT serta orang tua kami sampai hari melahirkan,” tulisnya di Instagram, hari ini.

Menurut Noh, penganjuran majlis tersebut bukanlah semata-mata kerana mengikut trend atau gimik, sebaliknya sekadar ruang untuk berkongsi kegembiraan bersama keluarga dan sahabat.

“Majlis ‘gender reveal’ ini tunggu masa lahir pun okey, tak perlu nak gimik. Tapi kami rindukan kemeriahan kasih sayang dan keramaian kalian.

“Biar bayi dalam perut ada mukadimah dan dengar betapa riotnya kita di luar ini. Tak sabar nak kenalkan dia dengan insan-insan penyayang yang mengelilingi orang tuanya,” jelasnya.

Sementara itu, Noh sempat berseloroh mengenai pemilihan nama untuk bayi perempuan itu.

“Rasa-rasa nak bagi nama apa ya?” katanya bersahaja.

Berita gembira itu turut dihujani doa dan ucapan tahniah daripada para peminat serta rakan-rakan artis yang mendoakan kesejahteraan buat pasangan berkenaan serta bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 23 September 2022.

Sebelum itu,dia pernah berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina pada 2011 sebelum berpisah pada Ogos 2022.

Hasil perkahwinan bersama Mizz Nina, mereka memiliki seorang anak angkat diberi nama Musa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN