Kes buli : Kita perlu keadilan untuk adik Zara - Mimi Lana - Utusan Malaysia

Kes buli : Kita perlu keadilan untuk adik Zara – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gagal menahan emosi,pelakon, Mimi Lana, meluahkan rasa marah dan kecewa berhubung kes kematian tragis seorang pelajar sekolah, Zara Qairina, yang dipercayai menjadi mangsa buli sehingga meragut nyawanya.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Mimi menegaskan bahawa isu buli tidak lagi boleh dianggap remeh kerana ia bukan sahaja merosakkan emosi, malah mampu meragut nyawa.

“Kita perlu keadilan untuk adik Zara, sekarang! Dia berulang kali mengadu tentang penderitaannya. Dia menyebut satu persatu nama pembuli yang menyeksa dirinya secara fizikal dan mental.

“Dia sudah meminta tolong, dia sudah memberi petunjuk. Tapi suara dia tidak pernah benar-benar didengari, sehinggalah dia pergi,” tulis Mimi.

Pelakon itu turut menegaskan, sama ada kematian Zara berpunca daripada jenayah atau sebaliknya, hakikatnya mangsa dipercayai telah dibuli berulang kali.

Bagaimanapun, apa yang dikesalkan, pembuli yang disebut masih bebas di luar sana.

“Sampai bila kita mahu tunggu? Sampai ada lagi budak yang terkorban baru mahu bertindak?” soal Mimi.

Selain itu, Mimi turut mendesak semua pihak yang terlibat supaya disiasat dan ditahan, termasuk ibu bapa yang melindungi anak mereka meskipun mengetahui pelajar terbabit merupakan pembuli.

“Kamu sedang merosakkan hidup anak kamu sendiri! Budaya buli ini sudah menjadi barah dalam masyarakat. Kita tak boleh diam lagi.

“Zara sepatutnya masih hidup. Tapi sistem gagal melindungi dia. Sekarang, sistem mesti diperbetulkan.

“Dedahkan wajah pembuli yang disebut oleh Zara. Dedahkan siapa yang membiarkan tragedi ini berlaku. Keadilan untuk Zara mesti ditegakkan,” kata Mimi.

Terdahulu, Zara Qairina, 13, meninggal dunia di hospital pada 17 Julai, sehari selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya di Papar, Sabah.

Mangsa ditemui dalam keadaan parah kira-kira jam 3 pagi pada 16 Julai, di bawah bangunan asrama sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth.

Kematian mangsa mencetuskan pelbagai dakwaan, termasuk kemungkinan dibuli.

Pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihak polis tidak menolak kemungkinan unsur buli terbabit dalam kejadian berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN