Sidang kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini akan terus diingati kerana pelbagai sebab.
Beberapa peristiwa menarik bersifat diplomatik antaranya akan terus terpahat dalam ingatan kita apatah pagi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
Negara Timur Leste yang diterima masuk menjadi ahli ke-11 pertubuhan serantau itu juga boleh dianggap satu sejarah .
Bumi Kuala Lumpur menjadi saksi titisan air mata terharu pemimpin negara berkenaan, Xanana Gusmao apabila negaranya secara rasmi menyertai ASEAN.
Sidang kemuncak kali ini juga menyaksikan ramai pemimpin dunia hadir kerana kedudukan beberapa negara sebagai rakan dialog daripada seperti Jepun dan Korea Selatan.
Beberapa negara juga diwakili pemimpin mereka atas sifatnya sebagai ketua blok blok negara tertentu seperti Presiden Brazil Luiz Lula da Silva sebagai pengerusi BRICKS iaitu sebuah blok ekonomi dan politik antarabangsa yang terdiri daripada beberapa negara besar sedang membangun yang mempunyai pengaruh besar dalam ekonomi global.dan wakil daripada negara blok G20 dan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN turut memainkan peranan penting.
Peristiwa paling menarik tentunya kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menari bersama penari penari tradisional yang menyambut ketibaannya.
Tarian tradisional itu bagi hanta manifestasi kepelbagaian budaya negara kita melihatkan kaum Melayu dan suku kaum daripada Borneo berdasarkan kostum tradisional Malaysia yang mewakili pelbagai etnik penting: orang Melayu, Cina, India dan kaum pribumi Borneo.
Namun umum mengakui menari sudah sinonim dengan presiden negara kuasa besar dunia itu di pelbagai tempat program atau majlis tetapi dengan gerak tari yang sama.
Kita di Malaysia mungkin bertuah menyaksikan tarian tersebut yang persembahkan secara spontan sebagai simbol hubungan diplomati dua negara.yang mesra.
Trump sebenarnya datang antara lain menyaksikan Kuala Lumpur Peace Accord antara Hun Manet (Perdana Menteri Kemboja) dan Anutin Charnvirakul (Perdana Menteri Thailand) di sisi sidang kemuncak 47th ASEAN Summit.
Selain itu paling penting da dibincangkan adalah perjanjian dagangan antara Malaysia yang Amerika yang disebut juga sebagai ART dan menimbulkan perdebatan kalangan pemimpin kerajaan dan pembangkang di Parlimen mengenai isu kedaulatan dalam perjanjian tersebut.
Ironinya selepas Trump datang sempena Sidang Kemuncak ASEAN itu yang mencatat peristiwa penting dalam konteks hubungan diplomatik, kita pula berkelahi mengenai perjanjian dagang tersebut kerana masing masing mempunyai pandangan tertentu mengenainya terutama kalangan ahli politik.
Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr. Ramlan Mohd. Arshad berpendapat kerajaan mungkin kene buat secara perincian apa maksud perkara tersebut bagi menunjukkan ia tidak menjejaskan kedaulatan negara
“Ini kerana ada yang membuat perbadingan dengan Kemboja dan kerajaan boleh bagi rakyat faham disebabkan saya rasa masyarakat kekurangan maklumat, “ ujarnya.
MenterI Pelaburan , Perdagangan dan Industri (MIT) Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz sudah pun menjelaskan perkara tersebut di Dewan Rakyat. Malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibarahim meminta pemimpin pembangklang membaca dengan teliti sebelum membuat dakwaan
Dr Muhammad Danial Azman yang menyandang jawatan Timbalan Pengarah Eksekutif (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) Universiti Malaya berkata,. secara asasnya, Agreement on Reciprocal Trade (ART) ini merupakan satu langkah memperkukuh hubungan perdagangan dua hala Malaysia–Amerika Syarikat berasaskan prinsip timbal balas.
“Ia memberi manfaat kepada Malaysia dari segi kestabilan akses pasaran, menarik pelaburan baharu, dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap daya saing ekonomi negara. Pendekatan ini selaras dengan usaha Malaysia mempelbagaikan rakan dagang serta mengukuhkan kedudukan dalam rantaian bekalan global, “ ujarnya memberitahu saya.
Menurut Muhammad Danial lagi, dalam mana-mana perjanjian antarabangsa, wujud ruang perbahasan tentang sejauh mana ia benar-benar seimbang dan memberi pulangan optimum kepada semua pihak.
Ini kerana kata beliau , sebahagian pihak mungkin bimbang terhadap implikasi dasar domestik, namun perkara tersebut lazim dan akan ditangani melalui mekanisme pemantauan serta penilaian berkala yang telah pun disediakan kerajaan.
ART kata beliau membuka peluang lebih luas untuk produk dan perkhidmatan Malaysia menembusi pasaran Amerika Syarikat dengan pengurangan halangan bukan tarif serta memperkukuh integrasi Malaysia dalam rantaian nilai global khususnya sektor elektrik dan elektronik, halal, dan hijau. Ini sejajar dengan aspirasi New Industrial Master Plan dan Ekonomi Madani.
Katanya dari segi struktur dan nama, ART ialah perjanjian pertama yang berasaskan konsep timbal balas tarif antara Malaysia dan AS. Namun, kedua-dua negara sudah lama mempunyai pelbagai bentuk kerjasama perdagangan dan pelaburan melalui platform seperti CPTPP dan kerangka ASEAN-US dan setakat ini tiada bukti menunjukkan elemen yang bercanggah dengan kepentingan negara.
Namun, kata Dr Muhammad Danial , seperti mana-mana perjanjian antarabangsa, pelaksanaannya perlu dipantau rapi agar manfaat ekonomi yang dijanjikan benar-benar dapat dinikmati oleh rakyat dan industri tempatan.
“ Secara keseluruhan, ART boleh dilihat sebagai sebahagian strategi Malaysia menyeimbangkan kepentingan nasional dengan realiti ekonomi global. Yang penting adalah memastikan pelaksanaannya kekal telus, adil dan selaras dengan dasar pembangunan negara,” ujarnya lagi.
Sebab itu sata kata implikasi kunjungan Trump ke negara ini ada impaknya tetapi terpulang dari perspektif atau sudut pandang mana yang kita lihat.
‘Apabila ada pihak membicarakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur , mahu tidak mahu kita perlu terima tentang peristiwa Trump teruja dengan aksi penari tradisional tetapi jangan lupa juga dia memegang bendera negaranya dan Jalur Gemilang, yang akan terus kita ingati apabila bendera kita dipegang pemimpin negara asing.
Paling penting pegawai kerajaan sdua memainkan peranan penting menjayakan agensi sidang kemuncak tersebut,
Peristiwa tersebut sudah menjadi sorotan atau bagi saya santapan media kerana ramai pihak teruja tetapi apabila kita berkelahi kemudiannya , mudah-mudahan bukan menjadi satu anti klimaks di sebalik kejayaan menganjurkan sidang tersebut
Tunggu sahajalah apabila Filipina yang akan menjadi pengerusi ASEAN tahun depan, apa pula peristiwa menarik nanti. – UTUSAN










