Jangan gaduh-gaduh, Fatima okey sahaja dengan nenda - Fattah Amin - Utusan Malaysia

Jangan gaduh-gaduh, Fatima okey sahaja dengan nenda – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas ‘ribut’ mengenai
Menjernihkan yang keruh, pelakon Fattah Amin mencuri perhatian netizen selepas memuat naik video memaparkan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, berbual mesra dengan neneknya melalui panggilan video.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, turut menulis kapsyen pendek yang memberi gambaran hubungan puteri tunggal dan ibunya berada dalam keadaan baik.

Fatima okey sahaja dengan nenda. Tengah berbincang nak pergi Disneyland,” tulisnya.

Perkongsian tersebut segera mengundang pelbagai reaksi netizen yang lega melihat hubungan kekeluargaan itu masih harmoni.

Sementara itu, ada kalangan warganet memohon supaya pengguna media sosial dan peminat Fattah mahu pun Fazura, berhenti saling menambah kekeruhan atau perbalahan.

“Tolong jangan melagakan Fattah, Fatima dan Fazura. Sakitnya ‘broken family’ ini bagi kesan besar dekat anak. Kalau netizen lebih-lebih nak rungkai itu ini, tak ada ruang untuk mereka berbaik besarkan Fatima bersama-sama.

“Fatima kena membesar dengan penuh kasih sayang, jangan bagi dia membenci salah sorang ibu bapa dia. Kita kena sokong dengan ayat yang baik-baik,”tulis seorang pengguna.

Tidak cuma itu, ramai juga memuji Fattah menerusi sikapnya yang tenang dalam mengawal kekecohan yang berlaku di ruanh maya.

Terdahulu, tular rakaman siaran langsung memaparkan Fatima mengadu kepada ibunya, pelakon Nur Fazura, mendakwa neneknya berkata dia tidak comel dan tidak pandai.

Namun, Fazura menafikan dakwaan tersebut dengan nada tenang serta menjelaskan mustahil ibu mentuanya tergamak melontarkan kata-kata sedemikian.

Adik Fattah, Raihan Amin, turut tampil menolak tuduhan yang mendakwa ibunya, Azizah Abd Ghani, mengeluarkan kata-kata negatif terhadap cucu kesayangannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN