Pilih kasih? Tiada dalam kamus hidup saya - Isteri Caprice - Utusan Malaysia

Pilih kasih? Tiada dalam kamus hidup saya – Isteri Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tiada dalam kamus hidup saya untuk ‘dilupakan’ atau ‘pilih kasih’ antara dua beradik ini!”

Itu luahan tegas isteri kepada penyanyi rap dan pempengaruh sensasi, Caprice, iaitu Fara Inalis yang tampil menafikan dakwaan kononnya dia membezakan kasih sayang terhadap dua cahaya matanya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Farra menegaskan, dia sentiasa berusaha untuk berlaku adil meskipun berdepan ujian besar berjauhan dengan salah seorang anak.

“Bab anak usahlah dipersoalkan. Awak tak faham betapa bergelutnya saya untuk belajar berdamai dengan takdir, pujuk hati sendiri, akur dengan giliran jaga anak. Paksa fikiran untuk fikir benda-benda baik sahaja,” katanya.

Menurut Fara, dakwaan kononnya dia hanya fokus kepada seorang anak terutama anak hasil perkahwinannya dengan Caprice hanyalah tanggapan kolot netizen semata-mata.

Baginya, mereka yang tidak tahu, hanya menilai berdasarkan gambar atau kandungan di media sosial.

“Jangan ukur kasih sayang saya dengan bahan kandungan atau gambar yang dimuat naik di media sosial. Sangat tak masuk akal dan kolot cara pemikiran.

“Simpanlah jarimu jika tiada benda baik untuk komen. Mungkin bagi awak, benda itu mudah, tapi bagi orang macam saya yang lalui keperitan berjauhan dengan anak, kata-kata itu sangat mengguris hati,” tulisnya lagi.

Dalam hantaran sama, Farra mengakui bukan mudah mengharungi perasaan rindu terhadap anak sehingga ada ketikanya air mata mengalir tanpa kata.

Namun, dia mengakui suaminya, Caprice, sentiasa ada untuk memberikan kekuatan.

“Suami sayalah saksi, yang akan selalu datang peluk dan tak pernah jemu beri kata-kata positif untuk tenangkan hati ini.

“Entahlah, maaf kalau saya terlebih emosi. Mungkin yang pernah lalui perpisahan sahaja yang faham perasaan ini.

“Saya tak marah, cuma kecewa dengan sikap manusia yang tiada hati perut dan tak fikir perasaan orang apabila bercakap. Tambahan lagi komen-komen itu sendiri daripada seorang ibu,”katanya.

Elis mendirikan rumah tangga bersama Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli pada November 2022 dan dikurniakan cahaya mata lelaki diberi nama Airiel Qashaf.

Sebelum itu, Elis pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Aleesya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN