SKMM tunjuk gambar pemfitnah kepada Fazura - Utusan Malaysia

SKMM tunjuk gambar pemfitnah kepada Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura, berkata sudah melihat gambar individu yang menyebarkan fitnah mengenai dirinya.

Menurut Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, maklumat itu dikongsikan pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), baru-baru ini.

“Banyak nama yang saya dapat daripada pelbagai platform.

“Mereka ada maklumat semua disebalik nama ini. 

“Saya tak tahu bagaimana MCMC buat tetapi saya dapat lihat wajah oranganya,” katanya menerusi perkongsian semasa sesi siaran langsung.

Bagaimanapun, pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia itu memilih untuk mengunci mulut segala informasi dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa.

“Saya serahkan kepada SKMM untuk jalankan siasatan,” jelasnya.

Terdahulu, Fazura sempat berkongsi dirinya hadir ke pejabat MCMC dipercayai berkaitan isu penyebaran fitnah membabitkan dirinya di media sosial.

Menguatkan lagi sangkaan itu, Fazura memuat naik foto salinan bukti komen jahat netizen berkaitan kisah hidupnya selepas bercerai Fattah Amin. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN