Ramai pelakon berbakat tapi tidak diberi peluang - Syamim Farid - Utusan Malaysia

Ramai pelakon berbakat tapi tidak diberi peluang – Syamim Farid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengacara dan pelakon, Syamim Farid, 34, meluahkan kekesalannya apabila masih ramai pelakon tanah air yang berbakat namun tidak diberi peluang.

Perkara itu dikongsikan Syamim atau nama sebenarnya, Toh Puan Syamim Mohd Farid, di Threads, semalam.

Pandangan Syamim itu turut dipersetujui beberapa artis lain termasuk pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi.

“Setuju, kadang-kadang sedih juga sebab bakat yang ada tak digunakan sepenuhnya. Masih ada produksi yang pilih geng sendiri sahaja.

“Entahlah, jom buat produksi sendiri lah,”katanya.

Pandangan yang sama turut diluahkan oleh pelakon, Adam Shahz.

“Betul, platform banyak tapi kebanyakan produksi mencari pelakon yang boleh dibayar murah,”katanya.

Sementara itu, pelakon Mustaqim Bahadon pula berpandangan, antara punca keadaan itu berlaku kerana peluang hanya diberi kepada artis yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial.

Dalam pada itu, luahan Syamim itu turut mendapat komen daripada pengikut dan warganet lain yang bersetuju dengan kenyataan yang diberikan.

“Betul,balik-balik muka yang sama.Selepas itu jalan cerita yang sama saja. Terus-terang cakap saya peminat drama Melayu tapi kalau dah balik-balik muka sama,terus rasa tak minat.

“Kadang-kadang, geram juga,nak saja saya bagi idea atau usul drama yang dapat menarik peminat untuk minat drama melayu,”tulis seorang pengguna.

“Watak untuk seorang pelakon asyik yang sama sahaja. Tak ada kelainan langsung, contoh macam adik Balqish , asyik watak remaja masalah saja.

“Cuba lah bagi watak korporat atau penyondol ke, isteri mithali atau ibu tiri ke?”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN