KUALA LUMPUR : Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar, Fara Salleh, memohon orang ramai supaya tidak mengejek anaknya, Elaine Nada, apabila bayi kecil itu tumbuh dewasa kelak.
Menerusi satu hantaran di laman sosial miliknya, Fara berharap keadaan itu tidak berlaku apalagi anaknya itu bukan seorang bayi luar nikah.
“Nanti kalau Nada satu sekolah dengan anak anda, janganlah ejek Nada. Dia sempurna, cantik. Dia bukan anak luar nikah.
“Dia ada keluarga sempurna sebelum ini tapi sekarang lagi sempurna,” katanya.
Menurut Fara, kekeliruan serta persepsi negatif terhadap keluarganya telah memberi kesan kepada anak kecil itu, biarpun Nada sendiri tidak terlibat secara langsung dalam pertelingkahan orang dewasa.
“Cuma silap pada mak ayah dia, dia kena tempias. Tapi cool! Dia ada aku. Aku akan lindungi dia. Ajarlah anak korang bab ni. Jangan ejek-ejek anak orang,”katanya.
Tidak cuma itu, Fara turut mendedahkan bahawa dia terpaksa menghadapi perbicaraan di mahkamah bersendirian sebanyak dua kali, termasuk pada 10 Jun lalu.
Katanya, ini kerana pihak bekas suami didakwa tidak hadir kerana bercuti bersama anak-anak lain di Sabah meskipun telah menerima notis panggilan ke mahkamah.
“Aku bukan tak berjuang. Dua kali naik mahkamah seorang diri. Kali terakhir naik mahkamah pada 10 Jun hari itu tapi dia tak datang.
“Dia pergi bercuti dengan anak-anak dia yang lain kat Sabah. Sedangkan notis dia dapat untuk tarikh itu. Jadi bahagian mana dia nak tegakkan ini?”tulisnya.
Fara juga menjelaskan tindakan segera mendaftarkan surat beranak anaknya sebelum keputusan mahkamah dibuat kerana proses berkaitan dokumen tersebut sangat penting dan tidak wajar dilengahkan.
“Kenapa aku selesaikan surat beranak tak tunggu? Sebab apa-apa hal urusan surat beranak ini lah penting.
“Nak tunggu mahkamah masih lama dan panjang sangat sebab si lelaki langsung tak datang mahkamah!” katanya lagi.
Terdahulu, Fara memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu.
Bagaimanapun, satu demi satu hantaran berbaur serangan peribadi dibuat oleh Fara di Instagram, ‘melondehkan’ perbuatan Shuk yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka itu.
Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.
Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.