Henti petik nama mak ayah, jangan main gila dengan aku - Shuk Sahar - Utusan Malaysia

Henti petik nama mak ayah, jangan main gila dengan aku – Shuk Sahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Saling berbalas sindiran di media sosial, pelawak, Shuk Sahar, dilihat tidak dapat menahan sabar apabila isterinya, Fara Salleh, mula memetik nama ibu bapanya di Instagram.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Shuk atau nama lengkapnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 39, berang apabila Fara mengaitkan isu kelahiran anak mereka dengan ibu bapanya.

“Sekali lagi jangan kau petik nama mak ayah aku, jangan main gila dengan aku… usik aku sahaja bukan mereka.

“Aku diam bukan sebab aku takut tapi sebab aku malas layan drama buka aib kau,”tulisnya.

Dalam masa yang sama, Shuk juga mengemukakan bukti transaksi bank sebagai nafkah yang diberikannya kepada Fara selain menanggung kos rawatan jantung, umrah dan percutian ke luar negara sebelum ini.

“Nak tengok setiap bulan aku abaikan ke tak?
RM15,000 duit jantung, RM10,000 duit pergi umrah dan RM75,000 duit pergi Eropah,”katanya.

Tidak cuma itu, Shuk juga berkata, dia telah memberikan wang sebanyak RM5,000 kepada isterinya itu sebagai persediaan bersalin.

Terdahulu, Fara memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun, satu demi satu hantaran berbaur serangan peribadi dibuat oleh Fara di Instagram, ‘melondehkan’ perbuatan Shuk yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka itu.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.

Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN