Bella Astillah makin bahagia, saya tumpang gembira - Wani Kayrie - Utusan Malaysia

Bella Astillah makin bahagia, saya tumpang gembira – Wani Kayrie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Secara umum saya gembira untuk dia. Sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk apa sahaja yang dia buat, baik daripada segi kerjaya dan kebahagian hidup.”

Demikian kata penyanyi, Wani Kayrie yang berkongsi rasa gembira melihat sepupunya, Bella Astillah kini semakin bahagia sejak terlibat dalam beberapa projek bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menurut Wani, Bella juga berhak menikmati fasa bahagia setelah menanggung pelbagai kisah perit dalam perhubungan sejak beberapa tahun lalu.

“Sudah tentu saya doakan yang baik-baik sahaja. Saya tahu apa yang dia lalui dan saya rasa untuk sampai ke tahap bahagia, semua orang mahu.

“Saya juga mahu mereka bahagia,” katanya ketika ditemui selepas sesi persembahan album terbaharunya, W2K, pada Jumaat.

Pun begitu, penyanyi lagu Aiman Tino itu mengakui dirinya sudah lama tidak berhubung dengan sepupunya itu kerana kedua-duanya sibuk menguruskan kerjaya masing-masing.

“Kami memang sudah lama tidak berhubung kerana sibuk dengan kerja. Tetapi, saya selalu tengok dia melalui media sosial, cukup dengan saya rasa dia bahagia, okay lah.

“Saya tumpang bahagia. Selebihnya, kami fokus kepada kerja masing-masing,” jelasnya.

Mengulas mengenai album W2K, buah tangan sulung Wani itu menghimpunkan lima lagu hit terbaharunya seperti Cak Cak Cekuk, Serius Ah, Aiman Tino, Matahari dan Biarkan.

Album yang sudah mula dirakam sejak tahun lalu itu juga mendapat sentuhan daripada beberapa komposer ternama seperti Iqie Hugh, Hanis Rafi, Omar K, Shazriq Azeman, MFMF, Ezra Kong, Shane Kennedy dan Karim Karam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN