Tersenyum atas pentas hakikatnya saya simpan banyak luka lama - Azharina - Utusan Malaysia

Tersenyum atas pentas hakikatnya saya simpan banyak luka lama – Azharina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:Penyanyi bersuara lantang, Azharina Azhar, mengakui bahawa selama ini dirinya terlalu banyak menyimpan emosi dan luka lama dalam hati.

Keadaan itu, kata Azharina, telah memaksanya untuk mendapatkan jalan penyembuhan emosi dan pemulihan semangat diri dan usaha itu dilakukannya dengan bertemu Dr Hisham Dzakiria atau lebih dikenali sebagai Dr Healing.

“Saya pernah sampai ke tahap terlalu penat secara mental dan emosi. Ramai nampak saya menyanyi, tersenyum atas pentas, tapi hakikatnya saya sedang simpan terlalu banyak luka lama.

“Bila saya sertai sesi dengan Dr Hisham, saya mula menangis tanpa sedar.

“Rasa macam saya dilepaskan, saya dibebaskan. Itu pengalaman yang saya tak pernah rasa sebelum ini,” katanya.

Azharina mengakui bahawa walaupun sudah biasa tampil kuat di hadapan khalayak,
hakikatnya hati manusia tetap rapuh apabila tidak dijaga.

Disebabkan itu, kata Azharina, dia berusaha merawat diri dengan teknik yang betul hasil bantuan jurulatih, Dr Hisham.

Menurut Azharina, apa yang membezakan Dr Hisham daripada mana-mana penceramah atau jurulatih lain ialah keupayaannya melihat terus ke dalam jiwa seseorang, tanpa menghakimi dan mencipta ruang yang benar-benar selamat untuk seseorang itu meluahkan serta memulihkan diri.

“Saya tak malu nak cakap saya pun perlukan rawatan healing. Dan saya sangat bersyukur
ditemukan dengan Dr Hisham. Saya doakan lebih ramai orang berpeluang rasa sendiri magis yang dia bawa.

“Boleh dikatakan, sekarang ini, saya menyanyi dengan hati yang lebih ringan. Bila hati sembuh, suara kita pun jadi lebih jujur, katanya.

Dalam kalangan selebriti, kehadiran Dr Hisham mula menjadi topik hangat kerana pendekatannya yang penuh keikhlasan dan jauh dari sekadar teori.

Bukan sahaja Azharina, malah beberapa nama lain dalam industri hiburan turut menyuarakan
rasa terinspirasi selepas mengikuti program atau sesi latihan bersama Dr Hisham.

Ini termasuk personaliti televisyen, usahawan selebriti dan juga golongan muda yang mencari arah hidup selepas melalui pengalaman pahit.

Dr Hisham yang kini memimpin syarikat EcoTwin Step Sdn. Bhd., juga merupakan figura
korporat yang disegani.

Bagaimanapun beliau memilih untuk terus menyumbang kepada pembangunan emosi dan spiritual masyarakat melalui program seperti Healing the Inner Child, Impactful Leadership, dan Creating Your Own Wave in Business.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN