Stacy gegar SICC dalam konsert solo pertama - Utusan Malaysia

Stacy gegar SICC dalam konsert solo pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Stacy Anam mencipta sejarah apabila hampir 3,000 peminat membanjiri Sabah International Convention Centre (SICC) untuk menyaksikan konsert solo pertamanya, Aku Stacy (Menggegar Kota U).

Penuh bertenaga dan emosional, Stacy menyampaikan lagu-lagu hits seperti Cakap Ke Tangan, Khayal dan Kisah Dongeng, termasuk aksi terbang di udara yang memukau.

Segmen duet romantik bersama suami, Akim Ahmad, dimulakan dengan lagu Die With A Smile dan disambut sorakan gemuruh, diikuti persembahan lagu Aku, Kau & Muzik dan Ritma & Rima.

Dalam sidang media, Stacy sebak mengenang arwah abangnya, Chaq, yang menjadi pendorong awal kerjayanya.

Mengakhiri malam dengan penuh semangat, Stacy beri bayangan konsert ini bakal dibawa ke Kuala Lumpur.

“Kalau Sabah boleh gegarkan SICC, saya yakin Kuala Lumpur pun boleh kita gegarkan sama-sama nanti!,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN