Iran ragui Israel akan patuhi gencatan senjata Gaza

Iran ragui Israel akan patuhi gencatan senjata Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran menyatakan keraguan terhadap keikhlasan Israel untuk mematuhi syarat-syarat gencatan senjata di Gaza yang mula berkuat kuasa sehari sebelumnya, selepas dua tahun konflik berdarah antara kedua-dua pihak.

“Kami memberi amaran tentang helah dan pengkhianatan rejim Zionis dalam perjanjian-perjanjian sebelum ini. Tiada sebarang kepercayaan terhadap rejim itu,” kata Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, merujuk kepada pelanggaran perjanjian gencatan senjata terdahulu, termasuk di Lubnan.

Namun begitu, Araghchi menegaskan Iran tetap menyokong pelaksanaan gencatan senjata, sambil berkata, sebarang rancangan yang bertujuan menghentikan jenayah Israel sentiasa mendapat sokongan negara itu.

Dalam kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar Iran berkata, republik Islam itu sentiasa menyokong sebarang tindakan atau inisiatif yang melibatkan penghentian perang pembunuhan beramai-ramai, pengunduran tentera penjajah, penghantaran bantuan kemanusiaan, pembebasan tahanan Palestin dan pelaksanaan hak-hak asas rakyat Palestin.

Hubungan tegang antara kedua-dua negara meningkat selepas perang 12 hari pada Jun lalu yang tercetus apabila Israel melancarkan serangan besar-besaran terhadap kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran.

Araghchi turut mendedahkan Iran telah menerima mesej yang disampaikan oleh Russia, menunjukkan Israel tidak mahu memulakan konfrontasi baharu dengan republik Islam itu.

“Nampaknya tiga atau empat hari lalu telah berlaku panggilan telefon antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Russia, Vladimir Putin.

“Netanyahu menegaskan beliau tidak berhasrat untuk memulakan semula perang dengan Iran, dan mesej itu telah disampaikan kepada duta Iran di Russia,” tambahnya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN