Seleweng RM28,000, syarikat pengurusan Hael Husaini saman bekas kakitangan

Seleweng RM28,000, syarikat pengurusan Hael Husaini saman bekas kakitangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Syarikat pengurusan bakat, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd, telah memfailkan saman terhadap seorang individu merupakan bekas kakitangannya yang didapati melakukan penyelewangan wang berjumlah RM28,000.

Menurut Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Rajahram Anand, kes tersebut membabitkan urusan persembahan sebuah acara hiburan melibatkan artis naungan mereka, Hael Husaini, yang berlangsung pada Januari tahun lalu.

“Pada pertengahan tahun lalu, kami telah membuat satu laporan polis terhadap seorang bekas pekerja yang disyaki menyeleweng sejumlah wang daripada tawaran persembahan yang dipersembahkan oleh Hael.

“Selepas membuat laporan polis itu, kami membuat keputusan untuk mendakwa dia di mahkamah.

“Pada hari ini, kami hadir untuk perbicaraan kes yang bakal disambung pada pukul 2 petang ini,”katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Selain itu, jelas Prem, pihaknya mengambil tindakan untuk membuat laporan polis selepas individu terbabit mencabar Rocketfuel untuk membawa kes itu ke muka pengadilan.

“Pada mulanya sebelum kami membuat laporan polis, kami meminta individu tersebut membayar wang selama dua minggu tetapi gagal dilunaskan.

“Apabila kami meminta bayaran tersebut, dia mahu menyelesaikan kes secara undang-undang.

“Penyelewengan berlaku pada Januari tahun lalu dan kami membuat laporan polis pada Jun tahun lalu serta sebutan kes pertama pada November 2024.

“Kes ini melibatkan seorang individu dengan dakwaan penyelewengan berjumlah RM28,000,”katanya.

Dalam masa sama, Prem menjelaskan kehadiran Hael pada hari ini bagi menjadi saksi kes.

Sementara itu, Hael ketika ditanya mengenai perkara itu bagaimanapun enggan menjelaskan isu itu lebih lanjut namun berharap perkara ini menjadi iktibar buat semua pihak.

“Sebenarnya ikutkan saya tidak ada hak untuk berkongsi lanjut sebab saya datang sebagai saksi.

“Apa-apa pun saya akak serahkan kepada pihak peguam. Apa yang berlaku ini, semoga menjadi iktibar kepada saya, pihak pengurusan dan artis lain,” jelasnya.

Turut hadir, peguam yang mewakili Rocketfuel Entertainment iaitu Narainasamu SM Alagu dan Ketua Music dan Kandungan Rocketfuel Entertainment Syakireen Othman.

Perbicaraan akan disambung pada pukul 2 petang ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN