Saya menangis bila terima berita itu - Nadeera - Utusan Malaysia

Saya menangis bila terima berita itu – Nadeera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nadeera, tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja dimaklumkan tiket showcase ‘An Avening With Nadeera’ habis terjual dalam masa tiga minit.

Ujar Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 32, pada awalnya dia sempat ragu jikalau tiada sesiapa yang mahu membeli tiket persembahan yang bakal berlangsung 30 Mei itu.

“Sebenarnya saya nangis, sebab sudah lama saya impikan ini. Berkat kerja keras, tawakal dan doa, saya akhirnya mempunyai satu lagu yang boleh dikatakan semua orang di sini tahu.

“Orang mengatakan lagu itu fenomena tapi saya tidak tahulah. Saya dapat pula tawaran untuk buat showcase.

“Sebelum ini saya ada berfikiran negatif ‘adakah orang yang mahu beli tiket’.

“Tapi bila pengurus beritahu semua sudah habis terjual, rasa syukur itu Allah sahaja yang tahu,” katanya.

Nadeera ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media An Avening With Nadeera, di sini pada Jumaat.

Bagaimanpun, juara Big Stage musim kelima itu turut terkilan kerana tidak dapat menyediakan lebih banyak tiket berikutan faktor tempat duduk yang terhad.

“Saya dimaklumkan ada peminat dari luar Malaysia yang telefon penganjur mahu dapatkan tiket lagi.

“Maaf sangat kepada peminat saya yang mahu beli tiket tapi tak sempat sebab kapasiti terhad. InsyaAllah Mana tahu kita berkolaborasi lagi dan lakukan showcase lagi,” katanya.

Menerusi showcase yang bakal berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya itu, Nadeera bakal menyanyikan 10 lagu termasuk yang mempunyai nilai sentimental terhadap kerjayanya.

“Apa saya boleh cakap, ia akan menceritakan perjalanan seni saya. Nantikan kejutan ya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN