KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin, menyifatkan pertemuan ahtara keluarganya dengan keluarga Amira Othman baru-baru ini sebagau satu kebetulan yang tidak dirancang.
Berlaku di Simgapura, kata Fattah, keadaan itu berlaku ketika keluarganya kebetulan mengikutinya ke negara itu semasa dia sedang melaksanakan beberapa tugasan di sana.
“Itu kebetulan. Pihak penganjur program itu pernah memanggil saya untuk ke sebuah acara sebelum ini. Tetapi untuk kali ini Amira juga ada bersama.
“Keluarga saya memang ikut sekali dan keluarga Amira pula memang berada di Johor Bharu ketika itu, jadi mereka pun turut serta.
“Keluarga Amira memang baik, ibu bapanya juga sangat merendah diri dan kalau kita tengok Irfan Haris pun dia memang sangat bersopan santun,”katanya.
Fattah berkata demikian semasa ditemui di Pesta Unifi TV yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara, Sabtu lalu.
Selain itu, ditanya mengenai khabar angin tang tular di media sosial berhubung tarikh pernikahannya dengan Amira, Fattah bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu.
Menurut Fattah, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh muncul sehingga ada yang telah menyebut tarikh tertentu sebagai tarikh spesifik kononnya merujuk kepada hari bahagianya bersama Amira.
“Saya perasan juga ada yang berkata tarikh (nikah) 25 Mei ini tetapi saya nafikan.
“Timbulnya tarikh itu mungkin daripada peminat. Kebanyakkannya memang suka melihat artis kesayangan mereka ke peringkat seterusnya.
“Tapi untuk sekarang ini, kami tidak lebih daripada rakan sekerja,”ujarnya.
Terdahulu, bertebaran khabar angin yang mendakwa pelakon ini akan bernikah dengan penyanyi lagu Hati-Hati itu pada tanggal 25 Mei pada tahun ini.
Sebelum itu, pengurus kepada Fattah yang dikenali sebagai Aca turut meminta para peminat untuk mendoakan yang terbaik buat mereka susulan spekulasi berkenaan perkahwinan yang bakal berlangsung. – UTUSAN