MASDO Umum Konsert Ulang Tahun Ke-10, ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’ - Utusan Malaysia

MASDO Umum Konsert Ulang Tahun Ke-10, ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kugiran MASDO mengumumkan konsert ulang tahun ke-10 mereka bertajuk ‘Al-Kisah Masdo Sepuloh Tahun’ dalam satu acara istimewa bertempat di Saloma, Kuala Lumpur malam tadi.

Majlis yang dinamakan Perjumpaan Ahli Mesyuarat Tingkap itu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 200 peminat dan wakil media. Sebelum itu, peminat tertanya-tanya apabila ahli MASDO memuat naik hantaran misteri di Instagram, yang akhirnya membawa kepada pengumuman besar tersebut.

Sebagai penghargaan buat peminat, MASDO turut membuat persembahan mini secara langsung, menyampaikan lagu-lagu popular mereka seperti Dinda, Janji Manis, dan Berchanda di Malam Indah yang mencetuskan nostalgia dan sorakan penonton.

Kemuncak malam menyaksikan pelancaran poster rasmi konsert mereka secara dramatik apabila kain penutup bangunan MATIC ditarik turun diiringi letupan bunga api. Konsert bakal berlangsung pada 30 Ogos 2025 di lokasi baharu, Idea Live Arena KL @ 3 Damansara, dengan kapasiti 7,000 orang.

Tiket pra-daftar untuk Rockzone Early Bird berharga RM128 dibuka dari 30 April hingga 1 Mei, manakala jualan umum bermula tidak lama lagi dengan harga antara RM148 hingga RM198, bergantung kepada kategori tempat duduk.

Konsert ini dianjurkan oleh Hitman Solutions dengan kerjasama Warner Music dan beberapa rakan rasmi termasuk ERA, Sinar, Gegar dan Astro Gempak. Menurut CEO Hitman Group, Rohit Rampal, sambutan satu dekad MASDO wajar diraikan secara besar-besaran sebagai penghormatan terhadap legasi mereka dalam muzik tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya