KUALA LUMPUR : Pelakon, Bella Dowanna, 22, tidak menolak walaupun dia tidak mempunyai kekasih, tetapi ia tidak bermaksud dirinya mudah membuka peluang untuk bercinta dengan mana-mana lelaki.
Menurut Bella, tidak mudah untuknya membuka hati terutama terhadap lelaki yang mempunyai ‘red flag’ atau kriteria yang tidak baik untuk dirinya.
“Ada juga beberapa individu mencuba untuk mendekati tetapi saya tolak sebab juga yang hadir dengan ada ciri-ciri lelaki ‘red flag’. Memang tak mahu dia, saya tepis.
“Ada juga artis dan orang biasa yang cuba dekati cuma saya belum bersedia
“Tapi sebenarnya saya lebih kepada tidak bersedia dan memang akan menolak sesiapa sahaja yang cuba mendekati,” katanya.
Selain itu, akui Bella, sikap dan perwatakannya yang agak kasar juga menjadi antara faktor mengapa dirinya tidak mempunyai kekasih sehingga ke hari ini.
“Saya masih solo ketika ini dan tiada yang betul-betul berani mendekati. Mungkin sebab karakter saya agak kasar.
“Nampak luaran macam feminin tetapi jiwa macam ‘abang-abang’,” katanya.
Menurut Bella, selain ingin fokus pada diri sendiri, dia bersyukur kerana keluarga tidak meletakkan sebarang syarat umum untuk memiliki kekasih.
“Keluarga tak menghalang saya bercinta atau apa. Cuma sebelun ini memang mereka ada letak syarat supaya bercinta selepas tamat persekolahan.
“Tapi bila dah tamat persekolahan, saya sudah boleh buat keputusan sendiri cuma mahu fokus pada diri ditambah pula masih dalam fasa ingin membantu keluarga,”ujarnya.
Terdahulu, Bella menyangkal tuduhan dia melakukan pembedahan bariatrik bagi menurunkan berat badan.
Dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 kilogram dalam tempoh setahun dengan konsisten melakukan diet ‘one meal a day’ atau makan sehari sekali dan berpuasa.