Uqasha Senrose dan Kamal Adli kongsi maksud nama anak - Utusan Malaysia

Uqasha Senrose dan Kamal Adli kongsi maksud nama anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli, akhirnya mendedahkan nama penuh puteri sulung mereka, Hawra Uqaira, selepas tiga minggu pengumuman kelahiran cahaya mata mereka itu dibuat.

Malah, Uqasha dan Kamal juga berkongsi maksud nama indah anaknya itu untuk pengetahuan peminat dan pengikut mereka menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha, hari ini.

Menurut Kamal, dia yang memilih nama Hawra yang bermaksud putih, cantik dan bersih manakala Uqasha memilih Uqaira.

“Nama Hawra itu saya yang pilih, Uqasha ambil Uqaira, jadi kita ambil seorang satu. Adil lah, tak payah berebut. Hawra maksudnya putih, bersih, cantik. Kan nampak putih, cantik, bersih,” katanya.

Manakala menurut Uqasha, nama Uqaira pula membawa maksud kebahagian, rezeki tanpa kepayahan selain turut membawa maksud harum dan wangi.

“Uqaira maksudnya kebahagian, rezeki tanpa kepayahan, harum dan wangi,” kata Uqasha.

Tidak mahu meletakkan nama terlalu panjang, Kamal berkata, semua yang mengenali, selesa memanggil anak mereka dengan nama Uqaira memandangkan ia sudah diumumkan terlebih dahulu.

“asal dia dah declare (beritahu) dulu nama Uqaira, habis semua panggil Uqaira, dah tertinggal Hawra. Nama tak boleh panjang-panjang sangat.

“Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” kongsi Kamal lagi.

Menerusi program yang sama, paparan momen Kamal menemani Uqasha di wad sebelum melahirkan cahaya mata pertama mereka juga turut dikongsikan kepada umum.

Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama Uqasha keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya