Tak mengapa jika tak masuk AJL - Ernie Zakri - Utusan Malaysia

Tak mengapa jika tak masuk AJL – Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Ernie Zakri mengakui, dia menerima dengan hati terbuka jika lagu popularnya yang berjudul Masing-Masing ciptaan komposer dan pemuzik Indonesia, Ade Govinda tidak layak dicalonkan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) akan datang.

Menurut Ernie, 32, sebagai penyanyi, dia tetap bersyukur lagu itu berjaya menawan hati ramai peminat selain membantu melonjakkan namanya di negara jiran.

“AJL adalah satu acara anugerah breprestij di Malaysia. Saya tidak pernah menafikan platform tersebut batu loncatan bagi setiap penyanyi.

“Saya pernah mengimpikan untuk berada di AJL dan sudah milikinya.

“Sekarang, jika tak ada juga rezeki untuk berada di AJL, tak mengapa sebab selagi orang tahu kewujudan lagu ini dan mendapat tempat di hati mereka, itu sudah cukup bermakna serta penting untuk saya,” kat.

Ernie berkata demikian pada majlis pelancaran produk Zeleb+ NMN by Ernie Zakri di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu,  Ernie menegaskan, trofi anugerah bukanlah kayu pengukur kejayaan buatnya kerana sebagai penyanyi,  penghargaan daripada peminat itu adalah lebih utama.

“Itu (anugerah) bukan penanda aras perjalanan karier sebab pengukur kejayaan saya adalah penghargaan daripada para peminat.

“Saya selalu cakap, kehidupan dan perjalanan saya dalam dunia nyanyian ini bukan satu pertandingan sebaliknya sebuah perjalanan.

“Saya okey sahaja kalau tak menang, tidak tercalon apa-apa. Selagi peminat menghargai dan menyukai setiap karya saya, itu sudah memadai,” katanya lagi.

Terbaharu, Ernie bekerjasama dengan jenama Watsons dan produk kesihatan keluarannya itu kini turut dijual di rangkaian farmasi itu.

Ujarnya, produk tersebut dilancarkan bagi membantu menambah tenaga khusus buat individu berusia 28 tahun ke atas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya