Pukul kekasih, Sean Diddy Combs buat permohonan maaf - Utusan Malaysia

Pukul kekasih, Sean Diddy Combs buat permohonan maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi, Sean Diddy Combs atau Puff Daddy, akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas insiden dia memukul kekasihnya, Cassie Ventura, menjadi bualan ramai sekitar minggu lalu.

Menerusi satu hantaran video di Instagram, Sean, mengakui kesalahannya dan menganggap kelakukannya itu tidak sepatutnya berlaku.

“Sangat sukar untuk mengingati peristiwa hitam dalam hidup, tetapi ada ketika kita kena lakukan juga. Saya akui, apa yang dilakukan itu sangat teruk.

“Saya mengalami kejatuhan sekarang tetapi itu bukan satu alasan. Kelakuan saya dalam video tersebut sangat tidak boleh diterima. Saya mengambil segala tanggungjawab untuk segala kelakuan saya dalam video itu,”katanya.

Selain itu, kata Sean, dia juga mengakui berasa jijik dengan kelakuan sendiri selain mendakwa telah mendapatkan bantuan pakar terapi.

“Saya berasa jijik ketika melakukannya. Hingga sekarang pun saya masih berasa begitu. Saya telah mendapatkan bantuan profesional, pergi terapi dan masuk pusat rawatan.

“Saya juga memohon agar Tuhan memaafkan saya. Saya benar-benar mohon maaf.Pada masa yang sama, saya komited untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik setiap hari. Saya minta maaf,”katanya dalam sebuah video, semalam.

Terdahulu, sekitar minggu lalu, Sean mengejutkan ramai peminat menerusi penularan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hotel yang memaparkan tindakannya memukul Cassie.

Rakaman video yang diambil sekitar tahun 2016 itu membuktikan dakwaan Cassie yang mengatakan dirinya menjadi mangsa keganasan adalah benar.

Menerusi video berkenaan, Cassie yang kini berusia 28 tahun dilihat berjalan membawa beg pakaian keluar dari bilik hotel di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sedang dia berjalan menuju ke lif, Diddy pula berlari dengan dengan hanya memakai tuala dan berstokin menuju kepadanya.

Diddy kemudian menarik baju Cassie dan menolaknya ke lantai.

Tidak cukup dengan itu, Diddy juga dilihat menendang Ventura sebelum mengheret penyanyi itu untuk masuk kembali ke bilik hotel mereka.

Kes antara mereka sebelum ini menjadi bualan apabila Ventura mendedahkan perbuatan zalim Diddy terhadap dirinya termasuk dipaksa melayan nafsu ramai lelaki.

Kedua-duanya bagaimanapun bersetuju menyelesaikan secara tertutup tanpa melibatkan perbicaraan mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya