Kembali bergelar isteri, Raja Azura tamat zaman janda - Utusan Malaysia

Kembali bergelar isteri, Raja Azura tamat zaman janda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Setelah hampir 14 tahun hidup sendirian, pelakon dan pengacara, Raja Azura, dikhabarkan telah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya semalam.

Majlis pernikahan Raja Azura tersebut dipercayai berlangsung di Istana Seri Tambun, Perak dan hanya dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat kepada selebriti itu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Raja Azura menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram semalam.

Menerusi video tersebut, Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku mengenakan baju kurung dilihat berjalan menuju ke pelamin.

Bagaimanapun, identiti lelaki yang berjaya menawan hati dan butiran majlis perkahwinan tidak didedahkan.

“Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah. Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima Kasih,”katanya.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan peminat yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan itu.

Namun tidak kurang juga ada di antara mereka akui terkejut dan tertanya-tanya adakah benar Kak Engku sudah mendirikan rumah tangga atau ianya hanya sekadar lakonan.

Terdahulu, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001, namun bercerai pada 28 September 2010.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21, dan Puteri Mia Maizura, 19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya