Dini yang rela diikat, dikepit bawah ketiak - Janna Nick - Utusan Malaysia

Dini yang rela diikat, dikepit bawah ketiak – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TULAR semula video pelakon, Janna Nick yang secara tidak sengaja menyindir aktres, Ruhainies sebagai penyondol ketika program Famili Duo beberapa bulan lalu. Ada yang cakap, Janna ahli nujum.

Pelakon itu seperti sudah dapat meramal, Ruhainies bakal berdepan kontroversi yang ketika ini ibarat menggelegak dengan tumpahan teh-teh panas saban hari. Namun, adakah Janna ketika itu benar sudah dapat meramal?

Kenyataan Janna yang sanggup masuk penjara jika ada yang sentuh suaminya, Dini Schatzmann juga tular kerana ramai yang memuji keberanian pelakon itu untuk mengelakkan wanita miang mengurat suaminya.

Adakah itu menguatkan lagi dakwaan Janna seorang queen control? Hits mendapatkan Janna.

J: Baru-baru ini, tular semula video Janna memerli rakan industri, Ruhainies sebagai penyondol. Ramai yang melabel Janna sebagai ahli nujum, boleh ramal masa depan. Terutama ketika Ruhainies berdepan isu tersebut ketika ini.

J: Itu video lama sebenarnya. Ketika itu pun, tiada niat untuk menyindir atau tumpahkan teh. Gurauan isu yang sedang panas ketika itu. Saya dan Ruhainies sudah berdamai lama dah. Tiada bergaduh pun.

Lagipun, kenapa hendak menyindir perkara yang tidak baik? Lebih-lebih lagi situasi sekarang ini. Orang yang sudah jatuh ditimpa tangga, tak patut saya tambah lagi kesakitannya. Saya simpati dengan semua yang terlibat.

Saya tidak mahu jadikan apa yang berlaku sebagai satu bahan jenaka. Ini ujian untuk mereka semua. Ujian kita, belum tahu apa dan bila. Jadi lebih baik saya fokus dengan kehidupan sendiri sahaja.

J: Kenyataan Janna yang sanggup masuk penjara jika ada sesiapa yang ganggu Dini pun mengujakan netizen. Sampai begitu sekali ya seorang Janna Nick sanggup korbankan untuk suami?

J: Siapa tak sayang suami. Saya sendiri ambil masa empat tahun untuk bersetuju menerima lamaran Dini. Saya dibesarkan dalam keluarga yang bercerai berai, trauma. Saya takut dengan perkahwinan itu.

Saya tak mahu cakap besar, tak mahu cakap pasal orang lain. Kita tidak mahu diuji dengan perkara yang kita paling elakkan. Kalau saya diuji sebegini, entahlah. Saya bukan stabil sangat, Dini tahu saya akan bertindak luar kawalan.

J: Ramai juga yang cakap, Janna ini queen control. Kepit suami bawah ketiak sebab ada yang kata, Dini ini ikut sahaja cakap Janna. Betul ke?

J: Dini sebenarnya bukan bergaul dengan semua orang pun, Dia sangat awkward. Kadang-kadang, saya sendiri minta ruang daripada dia. Boleh tak saya nak solo travel? Dia dan saya ada me time masing-masing.

Tetapi dia tak izinkan. Nampak macam saya ini queen control sedangkan Dini sendiri yang rela dikawal. Dia tak tahu nak bergaul dengan orang. Dia introvert, saya pula sebaliknya. Dia rela dikepit dan diikat bawah ketiak isteri.

J: Bercakap tentang kerjaya, tahniah di atas kejayaan dan anugerah Platinum untuk Gatal daripada Warner Muzik. Adakah ini penerus semangat untuk Janna tampil dengan lagu baharu?

J: Alhamdulillah, saya sangat terkejut lagu Gatal itu boleh memberi pencapaian yang besar kepada industri muzik. Gatal telah menerima pelbagai anugerah yang bagi saya, sangat besar.

Disebabkan itu, saya fikir kenapa harus berhenti di situ sahaja kan. Saya akan melancarkan lagu baharu, Rasa Cinta 3 Mei depan. Lagu itu sepatutnya dilancarkan dua bulan lalu, tetapi disebabkan Ramadan dan raya, saya tangguh dulu.

J: Rasa Cinta berkisarkan apa? Tertekan tak untuk memilih lagu baharu?

J: Rasa Cinta bergenre pop dan berkisarkan tentang perasaan cinta antara dua kekasih. Lagu romantis gitu. Saya sangat berharap agar Rasa Cinta juga tular seperti mana Gatal di media sosial dalam dan luar negara.

Tetapi dalam masa sama, tertekan itu ada. Sebab untuk mengulangi kejayaan Gatal itu sukar kan. Lagu itu telah meletakkan benchmark sendiri. Jadi saya hanya boleh berharap dan beri yang terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN