Tam Spider mengidam konsert solo - Utusan Malaysia

Tam Spider mengidam konsert solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sekian lama menyepi, kumpulan rock tanah air, Spider, akhirnya kembali dengan konsert ‘Spider Keluar Sarang Live in Kuala Lumpur’.

Pemenang Anugerah Juara Lagu 2004 itu dijadualkan akan menggegarkan peminat, kugiran rock dan ska mereka dengan konsert pada 22 Jun 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut Tam Spider, dia sudah lama mengidamkan sebuah konsert solo selepas pandemik berlaku.

“Setelah banyak terlibat dengan persembahan-persembahan di festival atau gig kecil usai pandemik, Spider melihat ini adalah masa yang tepat untuk kami ‘keluar sarang’.

“Konsep ‘keluar sarang’ yang dicapai bersama IFIX Entertainment menjadi pertaruhan kami kerana peminat sedia maklum sudah cukup lama Spider tidak beraksi di pentas dalam konsert berskala besar.

“Tentu saja Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 akan menjadi medan tempur paling kecoh pernah dianjurkan,” ujar Tam.

Dalam pada itu, IFIX Entertainment, selaku penganjur konsert berkata, mereka sudah lama mengikuti perjalanan Spider adalah kugiran lagenda yang bukan hanya memberi hiburan kosong tetapi banyak maksud tersirat dalam karya mereka.

“Karya-karya yang dilahirkan Spider cukup tersendiri menjadikan mereka sebagai kugiran rujukan buat generasi masa kini yang mahu mencipta aliran muzik seumpama Spider.

“Walaupun sepanjang hampir 30 tahun Spider hanya memiliki enam album studio penuh tetapi daripada setiap album yang terhasil, mereka punya banyak hit atau lagu popular yang diminati ramai.

“Dengan kredibiliti Spider ditambah mereka sudah lama tidak melakukan konsert solo sendiri, IFIX Entertainment berbesar hati membawakan Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 pada 22 Jun 2024,” ujar IFIX Entertainment.

Untuk info, tiket ‘Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur’ boleh dibeli menerusi laman web tapautix.asia dijual pada harga RM179 sehingga RM259.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya