Syed Saddiq beri semangat buat Bella Astillah - Utusan Malaysia

Syed Saddiq beri semangat buat Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberi kata-kata semangat buat pelakon dan penyanyi, Bella Astilah rentetan kontroversi dan dugaan yang melanda rumah tangganya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Syed Saddiq berharap pelakon itu terus kekal tabah atas dugaan yang menimpa dirinya.

“Semoga terus kuat Bella. Kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang beraya dengan keluarga,” tulis Saddiq di kapsyen.

Perkongsian gambar oleh ahli politik itu telah mencuri perhatian warganet yang menganggap pasangan itu kelihatan sepadan kerana memiliki wajah yang seiras.

“Saya mewakili netizen Malaysia, sebulat suara merestui hubungan ini,” komen seorang pengguna media sosial.

“Yang Berhormat (YB) muka seiras dari bentuk mata dan senyuman,” tulis seorang lagi pengguna.

Dalam pada itu, ada antara warganet turut memuji Syed dengan menyifatkan jarang ahli politik mengambil tahu tentang isu artis.

“Masalahnya YB tahu pula ya masalah artis. Sangat jarang berlaku hal ini,” tulis seorang pengguna di ruang komen.

Bella Astillah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Aliff Aziz pada 2016 dan menimang dua orang cahaya mata, Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreana,4.

Untuk rekod, Bella Astillah telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dan masih menunggu laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) akan dikeluarkan pada 4 Jun 2024 ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya