Suatu hari nanti Ruhainies akan rasa apa saya rasa - Bella Astillah

Suatu hari nanti Ruhainies akan rasa apa saya rasa – Bella Astillah

bella astillah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JELUTONG: Pelakon, Bella Astillah, mendedahkan dia mempunyai bukti kukuh kecurangan suaminya, Aliff Aziz bedasarkan kepada rekod sistem pengesan global (GPS) dan perakam yang diletakkan di dalam kereta.

Bedasarkan bukti tersebut, kata Bella, pelakon kelahiran Singapura itu dikesan telah pergi ke rumah aktres, Ruhainies sebanyak lapan kali selain didakwa jarang pulang ke rumah.

“Kereta yang Aliff pakai adalah hadiah daripada Bella, saya tak pernah beritahu itu. Sebab itu setiap kereta yang di bawah nama saya ada GPS.

“Bukan saya pasang untuk perhatikan pergerakan Aliff, tapi saya percaya orang lain pun pasang takut kereta hilang.

“Aliff pergi ke rumah Ruhainies di Pavilion Suite lebih lapan kali. Kalau nak tuduh saya perangkap, kenapa saya tak buat pada kali ketiga mereka di sana?,” katanya.

Bella ditemui Utusan Malaysia di majlis berbuka puasa di K Town, Radia Gallery, semalam.

Sebelum ini, sudah ada beberapa pihak memberitahu Bella mengenai kemesraan Ruhainies yang pernah terlepas memanggil Aliff dengan gelaran manja seperti ‘baby’.

Namun, ibu kepada dua orang anak itu cuba mengendahkan perkara itu sebelum terbukti sahabat baik yang mengetahui pergolakan rumah tangganya selama ini telah mengkhianatinya.

“Aliff selalu tak balik rumah, tapi tak pernah saya kongsi dalam Instagram (IG). Saya mula perasan Aliff berubah selepas ‘shooting’ dengan Ruhainies.

“Ruhainies adalah sahabat yang sentiasa mendengar keluhan saya, kami pernah bercuti ke Korea Selatan dan duduk sebilik.

“Jadi, pada saya itu mustahil. Sebenarnya, adik dan kakak angkat ada menyatakan perkara sama dan merasakan ada sesuatu selepas melihat IG, tapi saya cakap tidak. Jangan berikan saya fikiran negatif,” dakwanya.

Jelas Bella lagi, Ruhainies juga menipunya memaklumkan kononnya pelakon itu menetap di Four Season dan tidak mengetahui keberadaan Aliff ketika ditanya.

“Bila saya sudah mula sangsi dan nampak Aliff ke Pavilion Suite, saya telefon Ruhainies. Dia buat-buat terkejut.

“Ruhainies kata tak tahu, tapi bila saya lihat lokasi Aliff, mereka sedang bersama. Dia juga tipu saya mengatakannya tinggal di Four Season.

“Kalau dia sahabat saya, kenapa nak menipu? Saya bukan sekadar cakap, tapi ada bukti,” jelasnya.

Dedah Bella lagi, dia juga mempunyai bukti perbualan rakaman tidak senonoh antara Ruhainies dan Aliff dan sudah berbincang dengan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk digunakan sebagai bukti di mahkamah.

“Kepada Ruhainies terima kasih banyak-banyak. Sebab awak, anak-anak saya kehilangan bapa. Terima kasih juga Aliff sanggup menipu untuk nampak awak tidak salah.

“Segala bukti yang ada dalam telefon saya, Aliff tahu lagi besar. Tapi mungkin Ruhainies sudah ‘brainwash’ hanya untuk selamatkan dirinya sahaja.

“Saya percaya dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kuasa Allah sangat besar. Ruhainies pun belum pernah berkahwin, belum jadi isteri dan ibu.

“Suatu hari nanti tolong ingat ini Ruhainies, awak akan rasa apa yang saya rasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN