Saya sudah ada pilihan yang tepat - Zul Ariffin - Utusan Malaysia

Saya sudah ada pilihan yang tepat – Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zul Ariffin, menjelaskan kehadiran penerbit, Gayatri Su-Lin ke kediamannya semasa sambutan Aidilfitri lalu merupakan satu perkara biasa.

Menurut Zul, dia dan Gayatri sudah lama berkenalan bahkan arwah ibunya, Robiah Nasir sudah menganggap Gayatri seperti anak sendiri.

“Dia setiap tahun akan beraya bersama keluarga saya, sudah menjadi sebahagian daripada kami.

“Sejak dulu memang mak saya sayang dia walau macam mana sekalipun. Sudah anggap seperti anaknya sendiri.

“Sebenarnya setiap tahun ada (foto raya bersama),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Zul berkata demikian bagi mengulas mengenai sebuah klip video raya yang tular, sekali gus mencetuskan tanda tanya penerbit tersebut adalah bakal isteri yang dimaksudkan.

Enggan mengulas lanjut, Zul meminta orang ramai memberinya ruang dan akan memaklumkan mengenai perkahwinannya bila sudah bersedia.

“Cerita nak kahwin itu sudah wujud sejak lima tahun lepas tapi tak hampir-hampir pun.

“Selagi itulah saya akan beritahu apa yang orang ramai mahu dengar sebab itu bukan satu kepentingan bagi memuaskan hati masyarakat.

“Saya seorang pelakon, tidak kiralah baik atau buruk, orang pasti nak tahu tentang diri saya.

“Yang saya ada saki-baki untuk diri sendiri ialah kehidupan peribadi. Jadi, bukannya tak mahu kongsi dengan orang tetapi itulah satu-satunya yang saya miliki,” jelasnya.

Pelakon Penunggang Agama itu juga meminta orang ramai untuk mendoakan agar urusan jodohnya dipermudahkan.

“Saya tak doa untuk kahwin cepat tetapi minta dipermudahkan urusan, dijauhkan daripada fitnah, sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

“Saya sudah kenal dengan ramai wanita yang memiliki macam-macam perangai. Saya perlu buat pilihan yang tepat dan saya ada pilihan yang tepat,” katanya.

Terdahulu Zul pernah menjalin hubungan dengan Gayatri pada tahun 2012 namun berakhir selepas tiga tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya