‘Kasih’ suara hati Ella buat Palestin - Utusan Malaysia

‘Kasih’ suara hati Ella buat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sempena menyambut Syawal tidak lama lagi, Ratu Rock Malaysia, Ella melancarkan kempen ‘Kasih Monolog dari Hati’ bagi koleksi raya tahun ini.

Koleksi raya yang terinspirasi dari lirik lagu Kasih nyanyian Ella sendiri membawa gaya pakaian berkonsepkan keanggunan, kesederhanaan, dan memberi makna mendalam di sebalik keindahan pakaian.

Ella Aminuddin, 57 berkata setiap satu dari koleksi Kasih dibuat dengan sentuhan personal dari dirinya sendiri yang mencerminkan keistimewaan dalam gaya seharian bagi menyambut lebaran.

“Untuk tahun ini Kasih muncul dengan dua warna sahaja iaitu hitam dan putih termasuk 10 jenis pakaian seperti Abaya Kimono ‘Seri’, Abaya Hoodie ‘Khaela’, dan Baju Melayu ‘Arjuna’.

“Ia bukan sekadar fesyen, tetapi seruan kepada inti kemanusiaan kita bersama. Dalam saat-saat kita bergembira, janganlah kita lupa kepada saudara di Palestin yang diancam keganasan.

“Saudara-saudara kita di Palestin pasti merindukan kebebasan, melalui Kasih ini kita diingatkan untuk menghulurkan bantuan dan solidariti kepada saudara-saudara kita di Palestin. ujarnya dengan penuh empati.

Tambah Ella lagi, fokus utama kempen ini bukan hanya tentang fesyen atau perayaan semata-mata, tetapi untuk menghidupkan semangat kemanusiaan dan kesatuan di kalangan kita.

“Saya harap koleksi keluaran Queenrock menjadi pengingat kepada kita semua tentang tanggungjawab sebagai manusia untuk menyokong dan menghormati hak asasi manusia bagi semua individu, tanpa mengira bangsa atau agama.

“Oleh itu, marilah kita bersama-sama tunjukkan kasih sayang itu tidak mengenal sempadan, serta memperjuangkan hak kebebasan dan keadilan untuk semua,”katanya.

Dalam pada itu, Ella menegaskan koleksi Kasih bukan sekadar sebuah kempen pemasaran, tetapi satu platform untuk menyebarkan kesedaran dan keamanan tentang isu-isu kemanusiaan yang berlaku.

Untuk informasi lebih lanjut tentang koleksi ‘Kasih’, kunjungi www.rockqueen.com.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya