Garapan konservatori muzik siswa UiTM - Utusan Malaysia

Garapan konservatori muzik siswa UiTM

konservatori muzik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERKEMBANGAN muzik persembahan di Malaysia dilihat sebagai berkembang pesat pasca Covid-19 yang meruntun bukan sahaja jiwa bahkan industri muzik tanah air. Pasca endemik juga dilihat membuka ruang yang amat luas bagi pemuzik-pemuzik berkarya. 

Selepas beberapa tahun pembelajaran di universiti tidak membuka ruang secara fizikal, tahun 2024   menampakkan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan. 

Salah satu program yang berlangsung pada 29 – 31 Januari lalu adalah persembahan muzik dalam kalangan  mahasiswa CAMU MU222 (Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik Persembahan) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam. 

Program itu merupakan kursus wajib bagi  mahasiswa yang menduduki peperiksaan kursus Junior Recital dan Final Recital yang memberi ruang kepada mahasiswa muzik beraksi di atas pentas dengan kepelbagaian seleksi genre muzik. 

Walaupun ia merupakan kursus yang akan dinilai, program itu diterap agar mencapai kualiti persembahan muzik konsert sebenar.

Penglibatan mahasiswa bukan sahaja di dalam membuat persembahan, mereka turut terlibat sebagai produksi yang menjayakan program tersebut.

Penglibatan secara sukarela daripada mahasiswa Diploma Muzik (CAMU 110), ISM Komposisi (CAMU 221), ISM Perniagaan (CAMU 223) dan ISM Pendidikan Muzik (CAMU 220) di dalam program   turut dilihat mengeratkan lagi hubungan antara para  mahasiswa di Konservatori Muzik, UiTM Shah Alam.

Penilaian kursus itu dilihat melalui kebolehan para mahasiswa dalam mengekspresi dan interpretasi sesebuah karya yang dipilih sebagai gabungan persembahan selama 45 minit bagi setiap mahasiswa. 

Selain itu, program tersebut dilihat sebagai pemangkin individuality mahasiswa dalam membuat persembahan secara solo atau berkumpulan. 

Kematangan  mahasiswa dalam memilih repertoire selection membuktikan kemampuan  mahasiswa Muzik Persembahan (CAMU 222) bukan sahaja dalam bermain alat muzik di tahap professional, ia juga dilihat sebagai kemampuan dalam menganalisa dan membuat perancangan dalam pengisian program muzik bagi sebuah konsert. 

Kepelbagaian jenis genre muzik itu dimainkan oleh  mahasiswa dalam beberapa jenis alat muzik seperti gitar elektrik, bass elektrik, piano, gitar klasik, celo, trombon, saksofon, vokal klasik, alat muzik perkusi, rebana dan alat muzik tradisional.

 

Pelbagai genre

Program Muzik Persembahan (CAMU 222) di bawah Konservatori Muzik, UiTM  menyediakan platfom untuk mahasiswa pelbagai jenis muzik yang dilandaskan oleh Muzik Klasik, Muzik Jazz, Muzik Pop/modern dan juga Muzik Tradisional. Jabatan Muzik Persembahan menyediakan tenaga pengajar tetap dan sambilan dari kepelbagaian kepakaran dalam bidang seni muzik.

Tenaga-tenaga pengajar   secara langsung melibatkan diri di dalam industri muzik antaranya adalah Dr. Yeoh Pei Ann. En Ahmad Munir mahzair (violin), Rizal Ezuan Tony (Modern Guitar), Faezah Hamdan (Vokal), Dr. Siti Nurhajarul Aswad, Dr. Caryn Ong Weng Bin, PM Dr Sharifah Faizah, PM Dr Chong Yew Yoong dan Dr. Bernard (Piano).

Turut didukung oleh tenaga pengajar sambilan yang hampir kesemua mereka merupakan pemuzik-pemuzik tanahair di Malaysia seperti Benjamin Soo dan Eddy Lim (Saksafon), Shahwalnaz (Piano),Yuri Edris dan Adil (Drum) turut hadir memberikan galakan serta menjadi penilai bersama.

Penilaian peperiksaan menjemput Dr. Adil Johan (Universiti Malaya) dan Dr. Yap Jin Hin (UPSI) sebagai Panel Penilai Pemeriksa Luar. Dr Adil Johan merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya meluangkan sedikit masa dengan para mahasiswa dengan berkongsi pengalaman dan meningkatkan lagi ilmu para  mahasiswa untuk menembus pasaran industri muzik Malaysia.

Selain daripada kursus-kursus persembahan muzik, Jabatan Seni Muzik Persembahan (CAMU 222) turut memberikan ruang kepada para  mahasiswa untuk berinteraksi dan menimba pengalaman di dalam industri tanah air melalui kursus praktikum yang didukung oleh agensi-agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan.

Antara agensi-agensi yang sangat aktif menerima mahasiswa membuat praktikal adalah di Orkestra Tradisional Malaysia, Bahagian Muzik (RTM), Istana Budaya dan pusat kebudayaan negeri di Malaysia.

Jabatan itu turut menggembleng tenaga dalam menganjurkan pelbagai acara dan konsert sepanjang tahun antaranya Studio Recital, Echoes of Jazz, Lecture recital and Masterclass, Voice Recitals yang disusun menjadi aktiviti tahunan bagi jabatan.

Dengan adanya program seperti itu, adalah diharapkan agar industri muzik tidak akan ketandusan idea baru bagi persembahan muzik serta ia akan menjadi pemangkin industri muzik bagi generasi muda yang akan datang. – UTUSAN

Penulis merupakan Pensyarah Kanan Konservatori Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Hajar Mohamed Seperah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×