Bella Astillah sudah penat, terkejut Aliff Aziz enggan bercerai - Utusan Malaysia

Bella Astillah sudah penat, terkejut Aliff Aziz enggan bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Bella Astillah, terkejut apabila suaminya, Aliff Aziz enggan meneruskan perceraian hari ini.

Dengan kemelut rumah tangga yang berpanjangan, Bella mengakui sudah penat dan merasakan perceraian adalah jalan terbaik.

“Saya sebenarnya sudah penat sangat dan memang tak sangka dengan keputusan hari ini.Selebihnya saya tidak mahu cakap sebab sudah banyak jawab semalam.

“Saya tak sangka. Saya fikir semuanya akan selesai hari ini,” katanya.

Bella ditemui Utusan Malaysia di prosiding sebutan kedua kes cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Ibu kepada dua orang anak bagaimanapun menegaskan sudah puas mempertahankan rumah tangga sepanjang lapan tahun perkahwinan.

“Siapa tak sayangkan rumahtangga? tiada siapa yang berkahwin untuk cerai berai.Ini kali kedua saya datang mahkamah, ingat saya suka ke naik turun mahkamah?

“Perceraian adalah perkara yg paling saya takutkan sebab itu saya pertahankan selama bertahun- tahun.
Tetapi saya rasa sudah cukup untuk pertahankan semua ini,” katanya.

Menerusi prosiding hari ini, hakim, Wan Mohd Najib menasihati Aliff Aziz untuk memikirkan semula keputusannya yang enggan bercerai.

Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Aliff enggan menceraikan Bella hari ini atas alasan masih menyayanginya.

Sebelum ini, Bella dan Aliff pernah bercerai pada 16 Mei 2019 namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Terdahulu, pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan permohonan perceraian ‘fast track’ terhadap suaminya, Aliff Aziz atas alasan tiada lagi persefahaman dan dicurangi berkali-kali.

Ketika sebutan pertama kes penceraian pada 13 Mac, Mohamad Aliff Aziz, 33, sebagai defendan tidak hadir kerana urusan kerja selain terlibat dengan penggambaran.

Sebelum ini, rumah tangga mereka menjadi bualan hangat apabila Aliff dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara.

Bella hadir ke pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya