Asmidar terkejut lagu 12 tahun lalu kini tular ke Indonesia - Utusan Malaysia

Asmidar terkejut lagu 12 tahun lalu kini tular ke Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Asmidar Ahmad, tidak menyangka lagu berjudul Biar Sampai Ke Bintang yang dihasilkannya sekitar 12 tahun lalu kembali tular kini sehingga ke Indonesia.

Kata Asmidar, dia pada awalnya tidak mengetahui perkara itu sehinggalah dimaklumkan oleh pengunjung yang datang ke gerainya ketika berniaga di bazar Ramadan bulan lalu.

“Ketika sedang berniaga, ada pembeli yang biasanya terdiri daripada anak muda bertanya adakah saya Asmidar yang menyanyikan lagu Biar Sampai Ke Bintang?

“Kemudian rakan peniaga ada maklumkan lagu saya tular di TikTok. Mulanya saya pelik sebab di laman media sosial saya tidak nampak pula ada yang gunakan lagu tersebut.

“Lama-kelamaan saya mula menerima banyak mesej juga daripada pendengar Indonesia memuji lagu tersebut. Mereka maklumkan lagu itu sedang trending di negaranya dan ‘bikin candu’,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Tidak mengetahui bagaimana lagu tersebut boleh kembali meledak, bekas juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa 2011 itu bagaimanapun memberikan pujian kepada komposer lagu tersebut, Ajai.

“Saya harus beri kredit kepada Ajai kerana inilah bukti bahawa ada sesuatu di dalam lagu ciptaannya membuatkan ia diputar kembali.

“Mungkin liriknya yang memberi inspirasi dan mengajak orang agar jangan mudah mengalah. Sebab itu ramai yang gunakan lagu ini di TikTok untuk video berkenaan alam rumahtangga.

“Sebagai penyanyi saya bangga dan bertuah menyanyikan lagu ini. Bukan semua komposer mampu menghasilkan sesuatu karya yang malar segar,” tambahnya.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia bakal kembali menyanyikan lagu-lagu balada selepas ini, Asmidar bagaimanapun tidak menolak sekiranya mempunyai peluang.

“Memang ada perancangan untuk keluarkan sebuah single tapi semuanya masih di peringkat perbincangan.

“Bila tiba-tiba lagu saya kembali meledak, saya anggap ini petanda dan mungkin rezeki yang dipermudahkan. Doakan saya ya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya