Kini 'muse' Amber, Anna Jobling akui rezeki makin mencurah - Utusan Malaysia

Kini ‘muse’ Amber, Anna Jobling akui rezeki makin mencurah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon jelita, Anna Jobling meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menjadi ‘wajah ilham’ atau ‘muse’ bagi jenama Amber untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri tahun 2024.

Menurut Anna, menerusi koleksi Atma Sari, ia sangat bertepatan dengan personaliti dan keperibadian dirinya.

“Sebenarnya, saya dah pernah bekerja dengan pengasasnya sebelum ini dan saya akui, sangat senang. Datuk Seri Adzliana seorang yang kreatif, dia tahu apa yang dia nak.

“Kali ini, saya tampil sebagai muse yang sesuai dengan personaliti diri. Saya suka dengan warna dan corak bunga yang digunakan. Alhamdulillah juga dengan rezeki pada tahun ini. Boleh dikatakan tawaran datang mencurah-curah, namun saya harus bijak mengurus masa dan memilih mana yang terbaik,”katanya.

Sementara itu, Pengasas Amber dan Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd (USANITA), Datin Seri Adzliana Hasan berkata pemilihan Anna adalah satu keputusan tepat kerana memenuhi personaliti aktres terbabit.

Kata Adzliana, koleksi pada tahun ini lebih moden dan sesuai digayakan pelbagai peringkat umur serta mengenengahkan rekaan minimalis dengan sentuhan rona lembut.

“Anna ada satu karakter dan personaliti yang bersesuaian untuk menjadi muse Amber. Anna ada ramai pengikut serta fans club yang sangat besar.

“Anna menepati kriteria yang tepat untuk kami bekerjasama kali ini kerana semua koleksi baju ini adalah daripada personaliti Anna sendiri.Nama-nama koleksi kali ini pun daripada watak yang pernah Anna lakonkan dalam semua drama yang dibintangi.

“Kami mempunyai 10 koleksi baju wanita dan dua kurta dan setiap daripadanya terdiri daripada empat warna. Amber raya pada kali ini lebih menonjolkan kesederhanaan dan elegan dengan padanan warna pastel beserta corak minimalis dan sulaman.

“Anna turut memberikan sentuhan istimewa dalam koleksi kali ini di mana pemilihan warna dan corak juga mengikut citarasa dia. Kami mahukan sesuatu yang simple dan elegan,”katanya.

Koleksi Atma Sari kini boleh didapati di butik Wangsa Walk Mall (G-77), Isetan The Garden (Level-1) dan Isetan Lot 10 (Level-G). Selain itu, boleh juga melayari laman web rasmi, Shopee, dan Zalora.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya