Datuk Jamal Abdillah tetap aktif di bulan Ramadan - Utusan Malaysia

Datuk Jamal Abdillah tetap aktif di bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyibersuara emas, Datuk Jamal Abdillah tetap aktif di bulan Ramadan dan bakal terlibat dengan sebuah persembahan yang dinamakan ‘Kepada Mu Kekasih Simfoni Ramadan’ bersama seorang lagi penyanyi hebat, Datuk Hattan.

Showcase yang bakal diadakan di Hotel Royale Chulan Negeri Sembilan 29 Mac itu bakal diadakan usai umat Islam bersolat tarawih.

Menurutnya, selain lagu penuh syahdu yang dijadikan tajuk showcase, Kepada Mu Kekasih yang merupakan lagu ketuhanan, beliau akan mendendangkan lagu-lagu popular yang sesuai dengan bulan Ramadan ini.

“Selain persembahan Kepada Mu Kekasih ada juga saya dijemput untuk mengadakan persembahan skala kecil-kecilan bulan ini hingga bulan seterusnya.

“Dalam bulan puasa ini kesihatan perlu dijaga termasuk dalam aspek permakanan. Makanan berminyak dikurangkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Jom Beli Baju Raya anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Butik Amar Amran di Alam Avenue Seksyen 16 Shah Alam baru-baru ini.

Masih tampan dan cergas Jamal berkata, untuk juadah berbuka puasa, tiada makanan kegemaran khusus yang diminati cuma akan makan kurma dan minum kopi atau teh panas.

“Selain makan nasi saya akan juga makan kuih manis. Sebagai penyanyi saya kurangkan makan menu yang berminyak.

“Tambahan pula saya ada persembahan minggu depan dan banyak persembahan lain. Saya perlu kekal cergas,”katanya.

Mengulas mengenai bazar Ramadan, hero filem Azura tersebut berkata, seingat dirinya beliau tidak pernah muncul di bazar tersebut untuk membeli kuih-muih.

Jelasnya lagi, jika dia muncul di kawasan yang awam sedemikian sudah pasti akan mengundang perhatian peminat.

“Jika orang sudah berkerumun dan selfie macam mana saya hendak mencari kuih yang diinginkan.

“Jadi saya elakkan ke bazar Ramadan disebabkan keadaan tersebut. Jika saya hendak makan apa-apa juadah ada orang akan tolong belikan,”katanya.

Mengulas mengenai program bersama butik Amar Amran tersebut beliau berkata, baju raya yang dihasilkan sahabatnya itu selesa dipakai seisi keluarga.

Katanya lagi, baju raya tema Sehati Sedondon tersebut sememangnya sesuai untuk meraikan hari raya yang menjadi kayu pengukur kemenangan kita melawan hawa nafsu semasa Ramadan.

“Sebagai rakan bisnes saya amat berbesar hati untuk memakai baju raya Amar Amran ini. Memang selesa, kualiti material pun lembut dan sejuk.

“Terima kasih juga kepada Datuk Amar yang menjemput saya ke program sumbangan kepada asnaf oleh Butik Amar Amran dan MBSA,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya