Bella Astillah 'angkat kaki' sertai penggambaran drama Terjerat - Utusan Malaysia

Bella Astillah ‘angkat kaki’ sertai penggambaran drama Terjerat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Rentetan kontroversi melibatkan suaminya, Aliff Aziz dengan pelakon, Ruhainies, Bella Astillah, dipercayai telah menarik diri daripada membintangi drama Terjerat yang kini masih menjalani penggambaran.

Meksipun tiada sebarang pengesahan daripada Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 33, namun hantaran terbaharu di Instagram miliknya seolah-olah mengiyakan perkara tersebut.

“Assalamualaikum. Cerita semalam, terima kasih Datuk Sri Jaspal, terima kasih kerana memahami.

“Panjang umur dan ada rezeki , kita bekerjasama lagi,” tulis Bella sebentar tadi.

Mengesahkan lagi penarikan dirinya daripada drama yang turut dibintangi suaminya, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies apabila Bella memuat naik gambar bersama penerbit drama Datuk Sri Jaspal Singh daripada Orangetree Production Sdn. Bhd.

Selain itu, Bella turut memuat naik tangkap layar namanya telah dikeluarkan daripada group WhatsApp senarai pelakon drama berkenaan.

Rata-rata pengikut Bella menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila ibu kepada dua cahaya mata itu dikeluarkan daripada senarai pelakon.

Berikutan perkara itu, ada kalangan peminat ‘merestui’ memahami tindakan Bella meminta untuk menarik diri kerana enggan terus bekerjasama dengan Ruhainies.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Sabtu lalu di sebuah kondo mewah di Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya