Nor Farah bukan lagi jaguh kampung tapi juara dunia

Nor Farah bukan lagi jaguh kampung tapi juara dunia

PEMAIN boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah menjadi juara dunia selepas mendominasi acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah mencipta sejarah Malaysia selepas merangkul pingat emas menerusi acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, semalam.

Nor Farah yang mencipta kejutan itu berjaya mengenepikan pemain dari Malta, Connie Nixon menerusi kemenangan straight-set 6-2, 6-3 pada aksi final.

Lebih manis, pemain berusia 23 tahun itu turut menyumbang pingat gangsa menerusi acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple selepas tewas 2-9, 3-11 kepada pasangan Australia, di separuh akhir.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada jurulatih (Zuraidi Puteh) yang sentiasa berada di belakang, sentiasa sokong saya dan juga Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) selepas memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa pulang emas.

“Saya bukan lagi jaguh kampung dan telah buktikan, demi Malaysia,” kata Nor Farah.

Dalam pada itu, Izzat Shameer berjaya membawa pulang pingat perak biarpun tewas pada pentas final kepada wakil tuan rumah, Jason Greenslade.

Bagaimanapun, disebalik kekalahan terbabit, beliau tetap mengambil sudut positif selepas berjaya tiga percubaan untuk membawa pingat berkenaan.

“Saya bersyukur kerana dapat bawa pulang tiga pingat ke tanah air. Selepas tiga percubaan akhirnya saya dapat bawa pulang pingat.

“Tahniah kepada Nor Farah atas kilauan pingat emas beliau dalam acaranya,” kata Izzat Shameer.

Untuk rekod, Malaysia muncul negara terbaik pada kejohanan berkenaan dan merupakan satu-satunya negara berjaya membawa pulang tiga pingat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya