Tak pandai meminta, kalau ikhlas Alhamdulillah - Norlia Ghani - Utusan Malaysia

Tak pandai meminta, kalau ikhlas Alhamdulillah – Norlia Ghani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Terkilan apabila ada yang melabelnya sebagai pengemis maya gara-gara bersiaran langsung di media sosial, pelakon veteran, Norlia Ghani, menganggap persepsi itu hadir daripada mereka yang bersifat toksik.

Jelas pelakon Pondok Buruk itu, dia tidak pernah berniat untuk bersiaran langsung demi meraih gifts daripada peminat sebaliknya hanya mahu berkongsi cerita dan bergelak ketawa bersama pengguna media sosial.

“Saya saja-saja buat siaran langsung. Bukan ada kandungan tertentu pun. Borak-borak santai dengan peminat. Kalau mereka tanya, saya jawab. Kadang-kadang bila ada mas aterluang di set, saya buat live.

“Tak pernah pula saya harapkan hadiah daripada peminat. Kalau mereka bagi itu, Alhamdulillah. Semoga niat mereka untuk berkongsi rezeki. Saya tak pandai nak minta gifts bagai.

“Lagi-lagi mahu main permainan untuk raih gifts. Eh, memang saya tak pandai. Kalau berborak sahaja, tanya pasal drama atau cerita dulu-dulu seronoklah kan. Kalau nak cakap mengemis bagai, jahat mulut,” ujarnya.

Tambah pelakon berusia 75 tahun itu lagi, dia tidak akan memaksa peminat memberikan gifts di media sosial kerana dia masih mempunyai kudrat untuk bekerja dan mencari rezeki biarpun dia usia emas.

“Saya tak tahu pasal niat orang lain, tetapi saya tidak. Kalau nak gifts, baik saya cakap terang-terangan. Tetapi saya masih bekerja, berlakon. Ada tawaran lagi. Tidaklah perlu mengemis bagai di media sosial.

“Jangan sebab kami ini pelakon veteran, orang tua, macam-macam label diberikan. Kami ini ada maruah dan harga diri. Kalu m ahu minta bantuan, ada cara dan salurannya. Bukan dengan memaksa peminat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN